Sunday, December 23, 2012

te amor. a beautiful stranger




laparo la de. laparo la dela musica.

untuk beautiful stranger yang aku jumpa dekat bazar karat semalam.
that words are somehow sweet.
thanks.
btw aku tak perlu nama.
hehe~

kubikel.

studio bianco,
una, min, kiki dan aku.
jam lapan,
dan ritual jamming malam rabu.
set!

lari dari sepi.
lari dari seribu masalah dalam dunia.
lari sampai kau penat.
dan dalam kubik studio yang bingit,
janjikan kau lari dari dunia untuk seketika.

kiki,
si pelontar suara.
dalam dunia realiti ialah si bisu.
dan yang paling sepi.
lontar dalam bait melodi.
lontar segala kesakitan.
buang semua.
buang.
biar esok kiki terus hidup.
dan hadam segala realiti.

min,
detak jantung laju.
pada kayu stik yang memukul drum.
untuk hidup bukan pilihan.
teruskan atau mati.
terus pada jalan lurus atau jalan hitam.
kau pilih.
min pada jalan hitam, 
dan hal hal yang aku tak pernah tahu.
tetap terus hidup,
sampai hujung garis masa.

untuk gadis gadis terhebat pada mata aku,
gadis paling kuat,
kuat pada hati dan fizikal,
yang kering dengan airmata,
yang hidup untuk zuriat si jantan sial,
mari.
mari lupakan hal hal sementara,
hal hal yang bingit,
dalam kubik kecil studio biancho,
yang bingitnya adalah oksigen paling indah untuk terus hidup.
 

Friday, December 7, 2012

cinta teh strawberi

te.
a.

'sayang, jangan lupa date kita harini.'
message send.

usai pulang kuliah.
aku terus ke 'Green Store.'
jejaka hitam menyapa mesra.
tahu mahuku.
lantas not 10 aku beri dan terus berlalu.

hari ini hari penting.
hari cinta.
hari strawberi.
teh cinta perlu ada.
teh cinta perlu diraikan.

5:30pm.

'sayang, dah siap ke?. i odw ni.'
message receive.

5:45pm.

aku. dia.
teko, teh strawberi yang hangat.
dua cawan comel.
biskut segi empat.
biskut bulat.
3 biji strawberi.
kain merah,
dan bakul kuning.

6:00pm

pada padang hijau.
aku dan kau jatuh cinta.
sekali lagi.
bersaksi teh pekat, manis, mahal.
bersaksi teh strawberi.

hello cinta!


te.
a.






kekasih pagi

pagi.
balkoni.
breezy.

tujuh.

'selamat pagi sayang.'
'kucup.'
indah pagi bermula dari tweet kau.
si kekasih pagi.

aku duduk di balkoni perhati pagi hari.
matahari belum lagi.
latar bunyi dari bilik mandi rumah aku dan jiran jadi satu.
teruskan hidup,
untuk jadi kuli, jadi bambu.

'pagi dan teh cinta bersama @xxxxx!'
'twitpict secawan teh dan slice lemon.'
tweet kedua.
aku perhati teh panas kau dari balkoni aku.
kosong.

latar lagu pagi terus dari teman serumah yang sedang bersiap.
yang buntu kombinasi baju.
iron baju.
sarapan pagi.
enjin kereta.
rutin.

sembilan.

dua jam berlalu.
setelah perhati manusia manusia pagi.
tweet tweet kekasih pagi.
bagai rancangan Balkoni Hari Ini. (B.H.I)

teh panas yang sejuk.
dan hati yang breezy.
aku tinggalkan balkoni.
cukup untuk hari ini.














Tuesday, December 4, 2012

kekasih senja.

petang.
dua cawan teh. dua potong kek keju.
dan latar dari lush 99.5
bisu.
kau dan aku perhati senja dari rooftop.
tempat segalanya bermula.

senja.
yang bisu. aku rasa kaku.
kau duduk membatu dalam dunia senja kau.
tiga puluh minit berlalu.
kau dan aku masih buntu.

teh.
teh hijau untuk aku.
dan teh jasmin kegemaran kau.
kau tak pernah suka teh hijau. pahit, kelat kata kau.
dan petang. Kali ni, aku hidang teh hijau untuk kau.

latar bunyi dari lush 99.5 aku matikan.
aku dengar kau mula bersuara.
sambil menjamu kek keju.
kau terus bertutur laju.
laju.
laju.
aku tak ambil tahu.

ritual senja berlalu.
tiap selang seminggu.
pada petang rabu.
bersama kekasih senja.

5/12/12
3:06 am


Friday, November 30, 2012

gadis berkepala kucing

gadis berkepala kucing,
alisnya lentik, pipi pauh kemerahan,
punggul ramping dan berekor satu.

gadis berkepala kucing,
nyawanya 9, cintanya 1.

cinta 1 pada Z, cinta puppy.
Z mati kemalangan, dilanggar manusia berkepala kerengga.
cinta 2. cinta gila.
cinta pada B, B sayang kamu. one night only katanya.
cinta 3. cinta artsy fartsy.
E, berjumpa di event indie, dan berakhir di situ jua.
cinta 4. cinta rabak.
jantan K. datang pada masa rabak. pergi pada masa heppy.
cinta 5. cinta gadis.
bosan pada jantan. bercinta sesama betina. enak juga.
cinta 6. cinta million dollar.
jantan kaya. suami entah siapa siapa. indahnya!
cinta 7. cinta tuiter.
bukan nak bercinta sangat. crush di tuiter.sampai masuk dalam mimpi.
cinta 8. cinta reunion.
masa belajar dulu pergi maki si Y. si tikus pengecut!
cinta 9. cinta mati.
antara A-Z aku pilih Y. sebab aku lapar tikus.

30/11/12.

goodbye november...

harini ending november...
and mood aku tak berapa nak baik, aku pun tak sure kenapa. all the little things bila dikumpul jadik mess up and makin membengkak.
and one things for sure aku dah start missing girlfriends, boyfriends, great people and great place yang aku pernah pergi.

masuk hujung bulan ni dah nak dekat sebulan aku kerja, everything was going fine. bos aku sangat baik compare dengan time aku intern dulu. aku belum pernah kene marah sampai mata aku bengkak bengkak. belum lagi. kire kali ni aku untung jugak dapat tempat kerja yang fine. thanks to nurul yang aku jumpa dekat UTM aritu. :)

and untuk planning masa terdekat, aku kena settlekan outstanding balance kolej aku, and dapatkan sebijik kereta. planning saga or viva elite. gaji aku bukan besar pun.

aku mula bosan dengan jb. hope dapat kereta cepat and aku dapat keluar jb. weng weng weng.

blergh. bosan nak mati. btw harini ada frinjan ke 29. babi!

Sunday, November 4, 2012

2 november.

besday.
semalamnye menang kontes arsonist jalan labrooy.
tu la present untuk besday.
dan dapat kerja pun hadiah paling besar untuk tahun ni.
persetankan dengan kek dan hadiah mahal.
aku kene kerje kuat untuk beli kek hujung bulan ni.

2/11/11
dapat kek dari tempat kerja buat baling baling.
thanks untuk dee and anis.
aku rindu korang.
and untuk dp blog ni.
sentiasa 2 november selamanya.

terima kasih tuhan untuk 23 tahun kehidupan.

Saturday, October 20, 2012

Arsonist Jalan Labrooy

aku baru lepas settle baca buku ni semalam...
untuk beberapa hari sebelum ni, aku dah lama pegang buku ni dan bawak kehulu kehilir. nak baca, tapi terlalu berat untuk dihadam sebab kepala otak aku pun tengah serabut jugak at that time, masuk ni dah banyak kali aku belek buku ni, more than 5 times. setiap page ada meaningfull die sendirik. each phase buat kau berfikir. each word sangat deep.

waktu mula baca, petang terik sebelum hujan. tak boleh nak hadam. kepala otak aku ke lain. aku salahkan petang tu. haha. dan aku wish aku boleh sandar bahu kat somebody macam episod mula mula dalam novella ni untuk dengar masalah or just tempat aku sandar bahu sambil baca buku ni. tapi nobody.

mostly, aku tentulah akan cakap suka dengan novella ni sebab aku banyak terkesan dengan word die. dengan emosi yang sentiasa fucked up. this is what real life is. bukan fantasi. tapi betul. apart of some feeling yang aku pernah rasa. sakit. pilu. kot.

semalam aku ada tuit pada page 60 aku rasa nak meleleh, memag dah meleh sikit la kot. huhu. cemiang.
"Aku mepersoalkan status aku pada malam itu. Kalau seorang mak terasa menyesal mengandungkan aku,pada akhirnya aku ni siapa? Masih anak? Atau bukan? Atau hanya sebagai bukti mereka tidak mandul?
....kuat sangat hati aku baca ni....

besides, after habis baca bukak lagu teman pengganti feeling jugak, rasa macam Sola nyanyi kat Comas lagu Teman Pengganti tu. sedih betul nasib Sola. berat Sola dengan Comas sama jek sebenarnya, tapi kalau aku aku blame Comas sebab dia bodoh, tolol....Sola pun bodoh....dalam dunia ni hari hari ade je keputusan bodoh manusia buat hari hari. maybe aku baru realize.

dahlah aku nak pergi sambung baca phase phase yang mentusuk kalbu dalam novella ni.


Thursday, October 18, 2012

hari terakhir

hari terakhir,
selepas berpanas berhujan.

hari terakhir,
lepas tawa sendu,
berkaca dan berdebu.

hari terakhir,
bertemu manusia random,
berkongsi minat sama,
bertemu manusia teruja,
entah siapa siapalah.

petang panas,
pada hingus yang mengalir,
dan kepala yang berat,
dan perut yang senggugut,
masih gigih bekerja.

hari terakhir,
setelah puas banting tulang,
untuk sebotol victoria secret,
rock climbing,
burger bakar,
ciken cop,
paintball,
dan apa cara liburan di fiesta konvo.

selamat tinggal nostal-gik, nostal-gia.
terima kasih kawan - wani, ika, dan gadis gadis utm.
terima kasih abang booth depan untuk kebab yang sedap.

utm, booth c-11, petang yang hujan, 17/10/12


Wednesday, October 17, 2012

3:54

malam last dkat utm.
aku heppy.
kejap apesal patty beef ni tak sedap!
nate beruk sungguh!

Monday, October 15, 2012

hari pertama.

ini cerita tentang kitab merah.
kitab kecil nipis.
simple dan mentusuk.
pandang pertama di jbwrf.
diam.
jeling.
tiada duit waktu itu.

13.10.12
hari pertama,
berdagang buku, mencari sesuap nasi, mencari seketul mimpi,
hati rasa girang,
teruja,
kitab merah dicari cari sang pria berjiwa arsonist dan perawan jiwa rebel.
tidak sempat jeling,
menuju ke warna merah,
ambil 1,
masuk dalam beg.
....
sambung kerja seperti biasa.

gadis comel, berskarf jingga dan berbaju polkadot.
sibuk menjual kitab secara haram.
kitab merah.
tiada siapa pun yang beli dengan patah perkatan yang betul..
jalan labrooy tiada.
si gadis ambil peduli.
sambil angguk tanda tahu.

"kitab merah"
"arsonist"
"buku yang ada pukimak"
"buku rabak"
.....
apa sajalah.

4 buku terjual.
1 buku ter....
4 pria dan perawan yang bertuah.
1 perawan masih mencari cari.

aku tersenyum sinis.
padan muka untuk orang orang hari esok.
tiada esok untuk kitab merah'mu.


3:54

masih belum tidur,
kesejukan,
selsema,
hilang deria bau,
lemah deria rasa.
dan...
hati yang sakit.

-utm, 16.10.12, 3:56-

Tuesday, October 9, 2012

aku, dia dan tong sampah...




       semalam aku baru sempat tengok telefilem nie. best sangat, sweet and very adorable. theres a part aku sentimental ekceli....nowadays aku selalu teringat barang yang dah lepas...aku dah buang dalam tong sampah feeling tu lama dah, maybe bila tertengok sampah jenis yang sama ada balik, that feeling datang balik. entahlah...
       bulan oktober ni, maybe next week atau bila bila je result semester akhir aku akan keluar, despite tak dapat join konvo sama macam remaja dewasa berusia 23 tahun macam aku, aku dah tak kisah dah pasal tu. maybe bila eddy and akbar cakap yang konvo itu cuma acara picisan, yang lebih bermakna adalah bila aku dah berjaya dapat apa yang aku nak masa sekarang. kejayaan bukan perlu diraikan sangat pun, nanti jadi bongkak. betul...
      that part dalam this film yang buat sentimental value datang balik is when beto bagi semangat to saleha to present and to be brave. i can said bila jaman universiti carilah cinta. memabukkan. tapi  bila kena cara, kau akan jadi orang yang sentiasa bersemangat untuk teruskan hari hari mendatang....tak perlu beli makanan atau supplement tambahan untuk teruskan hidup,kau ada antibiotik yang imun untuk segala pahit hidup yang datang tak kira dari depan atau belakang.
      aku pernah rasa macam ni, perasaan semangat sangat untuk belajar, bila aku tengok result sem sem lepas, cgpa meningkat bila pindah shah alam, masa dekat btg berjuntai biasa saja. bercinte mcm nak rak at the same time bersemangat untuk belajar. bukan semua orang boleh. aku kuatkan semangat, tolak mana yang pahit kat belakang time tu...
       sekarang, si - ex tu dah lama aku tinggalkan, dia baru nak mulakan hidup, kadang aku rasa bersalah. si - ex tu pernah bagi aku nafas untuk terus hidup. sekarang aku tak dengan si - ex lagi. aku suruh dia cari yang baru. lupakan aku. cari oang yang boleh bagi semangat baru untuk dia yang baru nak mulakan kehidupan. si - ex tak boleh terima mulanya, mungkin dia tuntut hutang kasih sayang yang dia pernah beri dulu pada aku dulu....
        bila ada kawan di tuiter suruh aku move on dan melupakan shah alam that memori come again......selamat tinggal zaman yang penuh dengan nostalgia.....





Monday, October 8, 2012

kepiluan.

hati ni asik nangis jek, cengeng....
manja...
sensitif...
emosi...
..
.

Thursday, September 20, 2012

Rahsia Victoria....aumm



this bookz, the secret unfolded mysterious of victoria Queen lies within. haha. this books is one of a kind of book yang aku sempat beli dekat #JBWRF aritu. aku rasa cara bart ahmad tulis yang so straight forward dah buat aku rasa macam nak beli lah, eh eh nak beli lah. besides, brader yang berspeck mata dan berbody sasa ala fahrin ahmad dah mengesyorkan secara personally yang buku ni best and dia pun minat gak. he said this one is contra ones to NAMA AI LOLIPOP, which aku dah habis khatam dekat Kombi, masa aku tengah rabak lepas balik kerja kat office bangunan cs tu.

roughly said, bila mula mula selak mesti ada feel pelik sikit ah, nak mencarut tak, tapi mesti rasa macam "hek elehh! apahal mamat ni?! meroyan?" macam tu kot, sambil gelak gelak sebab cerite tu betul. maybe this book macam dekat tuiter terfaktab semalam ade cakap apetu...the #ButthurtFeminist. maybe buku ni adalah macam tu. kehkeh. untuk tak dilabel buku untuk para gay, adalah beberapa kata pujian untuk kaum perempuan ni, ciss. 

the guys, girls or LGBT semua pun boleh baca this book, sangat fun. and lebih fun lah untuk guys kan. eherm if u know what i mean. hikhik. banyak jugak part yang betul pasal gegurl yang bart ahmad cakap dalam ni where we the gegurl lambat sangat nak buat decision untuk satu perkara, untuk contoh my ownselves, bila member jejantans ajak kerja part time banquet untuk event wedding etc etc. banyak sangat benda aku tanya instead of bagi jawapan boleh kerja atau tak. *sigh*, susahhnyaa!

then untuk topic BAR-ABBA BUKAN BARABBA (bart ahmad bukan bart ahmad?), banyak yang betul, which aku rasa the writer ni memang banyak pengalaman dikelilingi gegurls. secara kebetulannya, aku baru lepas baca buku 'Why Men Dont Listen and Why Women Cant Read Maps' versi BM sebelum baca buku ni which banyak yang related with this topic and also true story okeyyy. about berapa patah perkataan yang gegurl perlu cakap dalam sehari, bersamaan berapa patah perkataan jejantans cakap dalam masa 5 hari, yang which kalau gegurls tak cakap dia mula lah tak boleh nak dok diam, eg :pergi carik other bitchy team yang boleh dengar or flirt with other guys. selain tu keupayaan gegurls untuk buat benda 2 in 1 and ketakpower-an jejantans yang just boleh buat 1 thing at a time. so pityy. hikhik.


lagii, topic yang aku sukeee sangat ialah PANGGIL SAYA SUSAN KALAU ITU BUAT AWAK HAPPY (PART I &II), part mengurat sapa tak suka seyy. tapi bila tengok balik topic topic ni title die macam eh how does it related with the story, watahelman?! maybe bart ahmad akan kate ehh buku aku, lantak la aku nak buat topik ape, kentut ke, cirit ke? ade aku mengfuckinkesah?

omaigod, please lah baca buku ni.... penat dah aku nak gelak.


Wednesday, September 19, 2012

#JBWRF warff!

on a hot sunny day at jb last sunday, with a warm heart and joy feeling aku pergi bukit timbalan untuk event #JBWRF nie. part of event for 9th Jb Arts Festival. tak pernah tau ada event arts se-best and se-lama ni kat jb. haha. pity much. aku rasa event ni boleh kata berjaya jugak, dengan medium to tell the crowds tak se meriah mana, this event is suc a great one. lagi 1 sebab aku nak pergi sangat benda ni sebab malam nya ada MASKARA SHORTIES. maskara event yang diorganize by Sindiket Soljah macam yang aku selalu tengok kat dalam youtube tu seronok sangat. can feel it. it is something. lagi best dari tengok wayang filem melayu yang bodoh dan keluar wayang kau dapat kosong. empty. pergi kepala otak kosong, balik pun kepala otak kosaong lagi. this one dah la free, balik penuh ilmu di dada. moral of the story, moral of the history. so just shut up and pergi tengok MASKARA SHORTIES.


12:30, after depart depan cs, jalan jalan with my 1+ inch wedges along the road to this building, im not kinda sure where the exact way to go up here. nak tahu what is my benchmark? those yellow people yang pakai baju 9th JB Arts Fest. thanks to them, i am more confidence to walk along the road. one thing yang syok ade fest macam ni ialah, jb look more cool, instead of the tourist jek yang bawak map kehulu kehilr, time ni lah dapat tengok lovely people at the southern bring along those map. i think maybe they got some activities or challenges. 


2pm, after lunch back to bukit timbalan, started again this nice event, dengan cuaca yang panas gila, aku pulak pergi pakai baju tebal, ketiak dah basah muka dah berminyak minyak, tapi event baru jek nak start balik. *sigh*. starting ada 2 chinese guys cerita pasal buku diorang, pasal hubungan manusia dengan kucing, after then barulah team2 buku power2 contohnya mcm neon terbit ni masuk gelanggang. mbekk. eh! pipiyapong ni pun antare main factor aku teruja gak nak datang #JBWRF. blog die kelaka okey, and duna pernah zoom gambar dia kat tuiter and kami gelak bersama sama like a skool kids. tapi aku rasalah dekat gamba pipi ni tak hensem, dekat real life baru nampak hensem and macho kot. aku rasalah.



yang 2 guys kat atas nih aku tak pernah jumpa sebelum ni kat mana2 blog/tuiter.fb, maybe kurang buat homework. brader sinaganaga, the yellow one tu orang kuat Sindiket Soljah kot. woot woot~ aku suka dia bagi briefing, macam letcurer aku sikit. nampak berilmu penuh di dada. while brader kat sebelah tu, Bart Ahmad, a johorian. thats all i can said. pfftt. he is responsible untuk gusi aku tak kering baca buku beliau, #RahsiaVictoria. saje jek aku nak dengar brief story pasal buku ni before beli, bagi syok sikit.



this one ada aloy, tukar jadik host pulak sebab tok rimau terbatuk batuk secara coinsidently. hewhew. kalau ada aloy mesti lah ada soalan panas panas macam dalam Melodi tu. berusaha jugak abam sinaganaga membalas soalan soalan panas dari aloy. fuh fuh.


                                     

next is The Bent Pencil, brader linglung, and brader fikri kacak. the lejen press crew. first of all adalah amat touching untuk readers bila The Bent Pencil disalah tukar namakan dengan AmalHamsan. mana sama lah encik host, tak sama key. amal tu writer heroin, putihputih, cun sikit. btw, aku minat penulisan The Bent Pencil dalam terfaktab. sangat lah awsome, dan menjentik paru paru aku untuk bernanah bila baca entry beliau yang mensiat siat hati aku nih. bittersome yet awesome.


yang ni pulak, yang ditunggu tunggu audience. untuk berserampang 4 mata dengan antara pelakon hebat kat m'sia. brader roy dan pekin. entrance diorang mmg kool jugak, dengan naik moto cc tinggi, vroom vroom, aww cool nyaa!!! brader ajimha relek jek, chill bro. part ni untuk rilis buku #CerpenTwiter brader ajimha actually, tapi telah dispoilbrat kan dengan senapang kamera tak berpeluru rakyat selatan yang terpegun melihat dua aktor kacak ni di gelanggang bunohan. ciss! kata brader ajimha dalam hati.hikhik. chill bro!


aqram and reeney, the terfaktab rawkstar. kehekk. terfaktab n the puaka's make a really good entrance. around 3 oclock, i like woww, sapa seyhh? a good one rite? mcm attractive gitu, and aku rasa those kids/ adult pun tengah tunggu geng terfaktab. booth paling live and paling ramai kot diserbu. im looking forward untuk beli mug rawkstar terfaktab, amacam ada berani bro?

aloy datang lagi dengan buku ajaib! hiyah..rahsia 2 pria. tadaa. buku baru sang freud press, promo price rm18, yang ni aku telan air liur, pastu ade cd wani ardy aku telan liur lagi. takpe takpe sabar dulu. based on tuit aloy, those two pria ni pernah buat zine, and there is where aloy grab and pick them untuk jalan tidak lagi bertatih tatih. power jugak. 

malamnya pulak layan Maskara after bhagra dance, best jugak bhangra dance tu. aku kat belakang dah angkat angkat bahu dah. chammak challo. 


ermm lantak lah apa orang nak kata....

yang penting.....

saya cinta jb saya! wee~

Tuesday, September 18, 2012

nate beruk!

time time mood aku postive dan suci, aku baru jek nak up entry kat sini. ada bunyik beruk menciak sebab tempat dia kene sentuh. pergi mampus tak layan. babi sial, mood aku hilang terus.

Tuesday, September 11, 2012

gadis pra matang

irra's - 9/9/12 - 11pm

flavour ape nak?
flavour ape yang orang biase amik kat sini bang?
vanilla and peach....ramai customer amik ni....
how much?
10 bucks...
okeh, boleh...

background music : playing GOD - paramore (acstc)

-------------------------------------------------


so ape plan kau lepas ni? kerja mana?
aku tak sure, aku tak tau.
kau nak kerja apa?
anything, halal.
kau punya result ok apa.
result ok tak menjamin kau dapat kerja. ikut luck. untuk masa sekarang luck aku belum datang.

-------------------------------------------------



this is my bff, let me introduce, this is F...and F meet my bf E....
-awkward-

-------------------------------------------------


aku suka lepak dengan kau, compare to R dan B, kepala aku lebih masuk dengan kau.
aku pun rasa macam tu.
kalau R kasar sangat, kalau B lampi sikit. kau sedang sedang la. macam aku.
haha. tapi aku rindu R dan B jugak.
apa cerita R?
dah nak kawin kot.
haha. betul betul ni?
balak die tengah kumpul duit untuk tunang, tak lama lagi kan. aku rasa balak dia serius.
perempuan kasar memang selalu untung. B ?
dia dah dapat kerja.
cepat jugak.
kau?
aku nak enjoy.
sampai bila?
sampai aku rasa penat.


background music - sunday morning - maroon 5 (acstc)

----------------------------------------------

*sedut*
aku rasa macam kat awan.
haha.
lega. syok la rasa macam ni.
wei turn aku pulak!


------------------------------------------------

kau still update blog TTGB? nama nami?
dah jarang.
ouh. aritu i ada tunjuk dekat u kan sayang (E)?
yang mana?
that guys tu, yang ****...
ouh, yup.
aku still follow bila aku ada masa free. he's freak.
yeah. since im on twitter scene. aku tak ambik pedulik banyak benda A.


-------------------------------------------------


aku benci gila budak budak yang obses U**, G*****, S*********, taik.
kadang kadang boleh terima, kadang kadang teruk jugak.
teruk lah!. obses - ism sangat. sampai otak pun dah letak kat kepala lutut, tak tau mana betul, mana salah....
erm............

yunk, do you OBSES with me (E)?
huh?
Obses with me please?
*glup, drinking*
*take a deep breath*
*eye contact 90 degree*

of coz sayangg!


background music / last song - here without you - 3 doors down (acstc)










Monday, September 10, 2012

shah alam dan mucuk mucuk....

schedule :

7/9 - morning - finished report
        afternoon - submit report
        evening - lunch at nasik kukus kak nora
                    - taman tasik shah alam sight seeing
         
8/9 - morning till late - working part time waiter -  club golf sultan abdul aziz shah (KGSAAS)

9/9 - morning - chill with ex- houzemate
        afternoon - KLCC - petrosains/kino
        night - open house- setia alam
        late night - sisha/ lepak's/ live band at irra's
        
10/9 - morning - breath taking in front of the house.
           afternoon - watching running man ep 98.
           evening - SACC
                       - ducking/kayaking
           night - PakSu Corner dinner/ gossip

11/9 - selamat tinggal mucuk mucuk. sampai ketemu.... :*

Sunday, September 2, 2012

13 syawal....


time nie anniversary ayah, boleh sama pulak dengan princess diana. orang baik2 nie memang tuhan sayang sangat kan. raya tahun ni bolehla, kitorang dah besar, dah pandai carik kampung ayah. tapi rindu sangat time dulu dulu. waktu arwah tok mak and tok abah ada, time raya paling best. btw dad, last wednesday i've got shortlisted for an interview, fstep, a program under BNM. i'm looking towards for this. had just finished my intern and i didnt know what to do next. what step i should take first. u know im not really serious into many things, just playing around, fool around. ibu hari hari bising. macam biasalah....btw, we miss u!




malam merdeka aku dah cemiang sensorang dengar lagu nih. pom pom. sedih siak!

Saturday, July 21, 2012

penyucian hatimu hambaku.....

ramadhan datang lagi....
tanpa disangka sangka....
cepat betul...

untuk situasi macam ni,
mungkin ada hikmah,
tuhan bagi banyak masa untuk berdoa,
untuk dapat keputusan periksa yang bagus.

bulan ni,
bolehlah buat ibadah lebih sikit,
bukan selalu.

hari ni,
pertama ramadhan,
dah solat terawih sampai rakaat terakhir.
rasa mahu melekat dahi pada tikar sejadah...
bila rakaat sepuluh dan keatas,
rasa dan perasaan tu datang.

rakaat 12 dan seterusnya menguji betul,
haha.

ermmm. nak makan apa sahur ni kejap lagi?

semalam yang rabak

semalam.
1 ramadhan. masuk waktu magrib aku still kat dalam office. pukul 6.45 tadi baru lepas bertekak dengan bos aku. aku mintak balik awal, aku nak lepak hari ni. buat training sial ni memang buat mood aku bengang tahap 7. nangis. well, aku melalak lagi this time. aku rasa time nih aku dah tak boleh nak tahan, budak department yang sama dah nampak aku melalak mcm mana. macam budak kecik yang kene curik aiskrim die. sadis. tragis. first aku bingit dengan supervisor aku sebab tak kasik aku balik awal, pastu secondly aku bengang dengan akak trainee yang tolong aku buat training tu. dua dua maaf cakap macam sial kimak. memang piss off. akak training tu memang dah tolong aku banyak sangat pasal training tu, pada masa tu lah. bukan pada masa sebulan yang lepas yang mana pukul 8 paling awal aku jejak rumah aku.  nak blame aku itu ini, pastu nak buat comparison kat diri die sendiri. aku betah balik, aku cakap balik benda yang aku tak puas hati. budak team lain cakap, aku kurang bercakap kat tempat kerja n diorang risau benda nih boleh effect mark aku. aku tak tau. tapi untuk start a relationshit dengan budak budak ni, aku rasa plastik sangat. tak tahu kenapa. maybe aku culture shock dengan environment gila babi kat tempat kerja ni or memang diorang ni sundal.

after part rabak dalam office, aku turun lif dari tingkat 26 dengan hati yang bengkak n kosong, dengan mata yang merah, bergenang, rabak dan muka yang sembap. yang mana aku ikut jek mana kaki aku bawak aku. kau tahu sampai mana kaki aku bawak aku? sampai selat johor tu, sempadan dengan singapura tu. tak jauh pun rasa bila kau jalan dengan hati yang kosong macam tu. bila dah sampai baru aku tersedar. aku tengok laut yang kotor tu dengan lampu malam. aku tengok sempadan tu. rasa macam nak lari jauh jauh. tapi tak boleh. tapi sekejap pastu, aku ada fikir rasional balik. tempat aku ni bukan selamat untuk aku pergi time magrib macam ni, macam macam boleh jadik. and laut tu mengerikan aku. *sigh*. pastu aku blah.

lepas blah, pergi lepak kedai mr. kombi. pedih kat ulu hati tak hilang lagi ni padahal. aku tak tau nak pergi mana. aku tak tau nak cakap dengan sapa. semua benda macam sial pada waktu tu. aku order air kopi ais, lepak tingkat atas, tengok jalan depan mata dalam dalam, tarik nafas then aku diam. duduk minum kopi ais. tengok pemandangan bazaar karat dengan hati kosong. ada jugak bahan bacaan yang aku macam tiket ke neraka n nama ai lolipop, ambik konon pura pura lepak nak baca buku. tapi tak tembus.

around 9 mak aku kol bila nak balik. aku cakap baru nak keluar office, malas nak panjangkan cerita. dalam 10.30 baru aku sampai rumah, dalam kereta mak aku membebel lagi macam selalu. tapi hati kosong. aku tengok luar kereta. telinga tahan kene butir peluru yang keluar.

bila hati tengah mendidih, yang kau boleh buat time tu adalah dengar dan dengar, kalau nak bagi nasihat pakai akal yang matang. kalau pakai akal kelas bawahan boleh buat orang bingit. paham tak? oh tak paham. sebab engkau bajet bagus, dan kau boleh  pergi mampus.

ok lah. esok puasaa.....


Monday, July 16, 2012

kisah hidup seorang geisha.....

pengalaman intern aku memang pilu.
pilu macam kau dipaksa makan ubat yang mana kau memang paling tak suka makan ubat. atau lebih dari tu. sebelum intern, of course au ade banyak tanye orang sekeliling pasal pengalaman intern yang mana 80% cakap intern rileks. 10% kuli batak, and 10% lagi mix up, semua ada. time ni dah tinggal 5 weeks jek lagi before aku blah dari company nih. instead of pilu mesti a ade yang best, macam selang 1 week dapat join event, bowling lah, makan makan lah, nonton panggung barang2 lah. maybe tu macam best lah. pengalaman intern dari kawan sekuliah lain ramai yang cakap penat gila jugak. maybe its the price that u should pay, aku carik tempat intern dengan bayaran yang up sikit, perlulah buat kerja lebih sikittt. sikit which dah lama lah aku balik mesti matahari dah terbenam. dengan jam gila babi sebelum pergi kerja. memang piss off.

setiap pagi, kalau sembahyang subuh. mesti berdoa semoga haritu tak malang, dan lebih baik dari hari sebelum. aku boleh berharap jek. tapi jam time hari selasa, and rabu yang macam nakhorom tak kan pernah berkesudahan. dugaan betul. setiap pagi sebelum aku sempat baca doa makan untuk sarapan pagi, aku dah mendoakan orang lain pergi masuk neraka, mendoakan orang lain mati cepat dan sebagainya.

sampai tahap ni, which tadi aku monteng kije sebab nak bebas dari kene bambu dek supervisor kat tempat kerje n daripada kene bambu dengan mak aku kat umah. bila balik aku rasa happy sangat. aku tak tidur dalam bus, and aku bersedia bila nak turun ke stesen bus yang mana aku patut turun, and aku takde rasa nak maki orang pun harini. best kan. indah sokmo. tapi satu hari jek lah. esok kena start jadi budak praktikal balik, perlu senyum jek bila kene bambu, kena senyum jek bila terserempak dengan senior, kene diam jek bila kene marah. macam tu lah. bayar alaun pun tak seberapa. tahan jek la. ye dak.

last week aku pernah hentak hentak wedges yang aku pakai kat stesen bus tempat aku turun, sebab mak aku lewat sejam amik aku. pastu nangis. (cemiang dah tua tua pun hadoii) ....which dah la sebelum tu kene bambu dengan bos kaw kaw. ntahla.

untuk 5 minggu ke depan, aku harap dapat terus survive, and dapat habiskan intern dengan result yang flying colours which aku harap sangat dapat tukar pinjaman ptptn to scholarship, which umpama mimpi dalam mimpi..dan untuk 6 minggu ke depan aku dah bersedia kalau aku jadik penggangur tegar, dan untuk minggu seterusnya aku perlu carik kerja dan tak boleh malas dan terus pasrah.

....bila nak berak, terus berak. kalau ditahan jadik racun. kalau nak nangis, terus nangis, kalau tak jadik gila....dan keluarkan lah isi isi itu....

a book that make u think.

Ez.

Ez sapien dan awek chuck taylor dah meninggal.
dan semalam penulis act dah blah dari terfaktab dan clash dengan kapel beliau.
pasal awek chuck taylor ni ada banyak kenangan.
act, novel indie first yang aku beli and sangat sexcited sebab based on true story. after baca terus stalk formspring, blog, fb, mespes. apa lagi. and aku terus syorkan buku ni pada member terdekat. ada yang suka, and ada yang tak. pada yang suka, aku share pengalaman apa diorang dapat dalam buku tu. masing masing eksaited, stalking. sebab novel act adalah investment first aku pada buku buku indie, yang mana dah berapa tahun kebelakang aku tak baca novel, disebabkan novel novel cinta macam tahi dan too mainstream di pasaran.
teringat first time beli, time tu kat frinjan, abiang aloy pradox yang serve. malu malu plak, and for sure dia promote buku dia. tapi sampai sekarang aku tak pernah beli buku abiang aloy. and selain buku act, aku beli buku amerika. this two books memang investment first aku. aku bersumpah jugak kalau buku dua tu tak best, haram sampai bila aku takkan beli lagi buku indie. tapi tengok lah. act fever is too 'gila'. and amerika pulak aku beli sebab cover dia pelik yang mana membe aku yang takut lipas, paling benci buku tu.

Back to ez, aku takde kawan meleis yang kepala dia macam tu, which means her ideology is too wow. bukan macam otak meleis girl lain lah. pasal bola lah, yahudi, nik aziz lah. its kinda interesting. its unique. kadang bila pikir dia ni islam ke. but then how do i know. itu urusan dia dengan tuhan. bila ez meninggal haritu, aku teringat aryn. membe yang aku pernah berjanji nak lepak sama bila aku dah blah balik hometown, tapi sampai saat ni still tak berkesampatan. aryn pun layan ideologi pelik2 ni. pernah satu time bila kitorang borak, aryn cakap ez ni tak wujud, dia hanya bayangan nami. eventough jack tu adlah bayangan nami yang sebetulnye. hahah. aku gelak. then. aku diam. ermm.

i have a great memories with only a books. different tought, different point of view. this is what a book should be.

-jco cs, 17.25, 16/7.....

Saturday, June 2, 2012

#DOSA - cerita tentang pria bersayap....

baru usai membaca novel #DOSA.....antara novel fixi yang unik n lain dari lain sebab ada special page definisi kat depan buku ni, the other fixi books ade ke macam ni? takde kot? hahah. *tak pasti*. ade readers cakap ni pengalaman terbaru bace buku buku mcm ni tapi aku rasa kalau ngkorang mengikuti perkembangan movie movie indon, cerite cerita ala homo, lesbo, gay n sort of ni dah banyak n bukan baru kat sane. aku teringat movie santai gay friend - COKLAT STROBERI n movie homo dan  lebih rare exposed pasal golongan nyah kat jakarta -JAKARTA UNDERCOVER bila aku baca buku nih. movie lama, dua tahun lepas aku tengok masa baru masuk U. n lepas tu aku dah tak aktif mendownload muvi indon, sebab masalah wi-fi mcm celaka kat kolej. hihihh. okey back to the books.

ibaratkan mcm lagu we are young from FUN, plot of coz starting with what makes you change. ricky berdarah muda n tak suka orang tua beliau, blah dari rumah bukan sebab dihalau, tapi disebabkan dikata manja oleh bapak beliau. lelaki n egoism mana boleh dipisahkan? betul tak. hikhik. then after masuk sekolah pondok, everything will never be the same again. yang part sekolah pondok n kobong tu aku tak dapat nak imagine mcm mana, tapi keadaanya mesti daif jugak kot. mcm tak selesa lah kalau nak compare dengan tilam queen size aku nih kot. hokhok. then bercerita pasal kawan perempuan (baca lelaki) paris dan yessy. paris jumpe dekat sekolah n yessy dekat kobong. sebenarnya plot cerita awal banyak pasal paris(muhammad farisyi) n yessy (yusuf), of coz la cerita kecelaruan jantina mesti dapat attract orang utk terus baca. ah lagi satu pasal bahasa pondan tu, betul ke ade bahasa mcm tu dekat indon? hohoh. eg : "yeiy harus bismika macam inang" means kamu harus pandai cakap macam ini. *di mana kamu banyak menguasai bahasa dari orang lain, di situlah kamu mengawal situasi.*#DOSA.

the main story (see the cover) lelaki bersayap key, bukan nye perempuan atau lelaki jelmaan perempuan atau pun perempuan mcm cover novel fixi #LICIK tu. this is a guy story, ricky n teman beliau -  oskar, saudara tiri si paris. at one time dunia mmg kecik, ade masa kau selalu jumpa dengan orang yang ade related dengan orang yang kau pernah kenal, mcm tu lah ricky, yusuf, paris, n oskar meet up. aku paling suka part diorang buat kerja gila, pergi disko, pub, bar tu enjoice together gether n part pergi pantai bila nak lari dari dosa.

other part, mcm starting banyak buat aku gelak, funny kot, maybe sebab ade lawak sarcasm. waktu peralihan masa, dlm buku ni bukan pakai timing, petang or malam or pagii tapi pakai waktu solat, subuh, zuhur, maghrib. cool kan. then masuk dark part pun best, time ricky n oskar carik duit jadik angel. ramai orang mcm tu. aku pun, bila terhidang option yang boleh buat hidup ko berubah, lagi lagi dalam jiwa muda yang banyak setan ni, kau akan fikir dosa ke ? hahaha. part last pun best, ending sedih jugak la, putus hubungan dengan kawan - yang hidup (iwenk) dan yang mati (paris)....n page last buku (selak page last) ni yang ada bulu dari sayap sayap tu- very the nice one......

Wednesday, May 2, 2012

april dan kesudahannya....

april.....
bulan penamat....
bulan penghabis bicara....
bulan memori terakhir.....

april dan kesayangan?
ape makna kesayangan?
sesuatu pada bila ia tiada kau rindu rindukan.
takde makna nya.
april dan kesayangan bukan pada tempatnya....


april bulan sibuk,
bulan semua perkara duniawi perlu dihabisi....
demi  menghadap mei yang lebih mencabar....
kenangan manis april pasti ada,
kenangan duka lara april lebih lagi terasa dan menusuk....

april,
salam kenangan,
3 tahun sudah berlalu....
semua orang mahu berjaya dan kedepan,
pahit manis duka lara biar disimpan,
persiapan hari esok lebih penting.

untuk april,
semoga semuanya sukses pada awal mei...
semua beralih arah,
tiada lagi zaman copy paste....
semua sudah semakin dewasa....
zaman belajar sudah tamat...
kau perlu kerja dan kerja dan kerja dan kerja.....
sampai kau bosan.

untuk april dan kesayangan.
moga jumpa lagi....
di konvo mungkin...
jumpa lagi untuk kenangan suka duka pada masa hadapan.
jika diizin takdirmu takdirku jua.

selamat tinggal.....

Sunday, March 25, 2012

Menjadi Sang Bohemian.....

21 : 15, tammat memasuki dunia sang bohemian.......

ini buku ni, yang aku tengah bace ni karya Mursyidan Ismail ni dipanggil dengan tajuk #SangBohemian.....kenape aku beli buku ni seyh! semue gara gara aloy paradoks yang mengembor-gemborkan buku ini konon konon nye hebak sangat. semalam after aku beli, aku belek belek kejap dalam bus seryes, first impression cam ah ape ke bangang seyh beli buku nih, mood macam tak boleh nak masuk jek.....pastu buku tolak tepi.arini baru nak try bace slow slow....semalam biler beli tak pikir ape pon, seryes. biase kalau beli buku aku ade la belek2 sket, masuk ke tak dengan jiwe, exception utk langit vanilla sebab buku tu adik aku suroh beli....lg plak aloy menyucuk nyucuk "gemar kegiatan yang menawarkan sesuatu yang menghantar diri ke batas nyata dan ilusi....n based on review ade org suke and ade yg tak suke. aku okey je, n aku ta paham kenape org tu tak suke. lantak ngko lah.

buku ni menceritakan tentang -Tirani - si Sang Bohemian yang jiwenye kompleks, kepalenye keras, gayenye pemalas, dan misainya lebat.....hidup berteraskan akal fikiran, mengejar ruang kosong yang hampa, mencari entah ape namanya.....belajar dekat UITM PUNCAK ALAM....dan suka melepak dekat kandang dan Bukit Juara......hidup beliau ditemani Resap, Deru n Deki....kawan baik giler for the first then bertukar jadik rival bila dah lama. aku ingat cerita ini akan happy ending sampai habis rupenye tak.... tajuk Sang Bohemian mmg tak tercapai akal aku pun nak pikir cerite die mcm ni, aku ingat cerita ni hanye utk Sang Bohemian sorang tapi actually utk dia, buku catatanya dan manusia berlabel....

Resap makhluk jantan yang boleh buat perempuan melutut kat kaki beliau n bak kate Tirani setakat beliau hidup semue perempuan boleh cair dengan gaye ala ala david beckam nye itu....tapi kematiannye menyedihkan hati makwe, mati mengejut. aku tak tau kenape penulis tak melanjutkan kematian Resap, boleh melengkapkan jalan citer dan isu gambo bogelnye dengan Suci......kalau aku, aku akan buat Suci yang meletak racun pembunuh dalam minuman Resap time makan kat kandang sebab die nak menagih kasih kat Tirani plak.kahkahkah.....

si Deru plak lain citernye, aku ingat watak die ni statik, yakni baik semata mata, rupenye jantan semue sama tak boleh pakai jugak. kahkah. Deru ni lagi jahanam, pergi buat seks dengan Roalie kat puncak Bukit Juara. padahal utk bab bab terawal novel, Tirani siap berangan nak bertukar jantung dengan Deru sebab Deru ialah makhluk pengawal masalah yang berjaya...utk bab terakhir si Deru antara paling saitan jugak sebab backstab member sendirik. aku rase banyak member yang aku pernah jumpe berperangai macam Deru ni, depan engko nampak tenang, belakang astagfirullahalazim.....and start dari Roalie mengandung Deru jadik tak keruan, sampai membelasah Tirani....kasihan....

si Deki, imam muda pilihan, ustak dalam rumah sewa beliau, yang sering mentarbiah member member beliau....Tirani selalu kene bebel dan dihukum oleh si Deki ni sebab mengamalkan gaya hidup Sang Bohemian yang tak berpenghujung.....selalu membagitau hukum sesuatu perbuatan dan menimbang amalan dosa n pahala member serumah beliau....sebabkan gaya so islamic beliau tu lah Tirani tak bley nak masuk.....bajet baik, alim, padehal....ade part die pergi bising kat Tirani sebab dating dengan Suci, pastu biler jumpe Suci diam tak terkate....

Suci.....tak sesuci namenye, anak luar nikah plak.....dan macam gadis gadis lain memang kuat beremosi...Suci pempuan yang setia, tapi keras kepale. kalau A kate die, A lah. gambo bogel die dengan Resap agak hot diperkatekan gara-gara Roalie,aweks Deru mulut capoi pergi buat havoc satu kampus, aku syak die nak kenekan Suci, tp Suci relek jek, wat takde bende jadik....yang paling best dalam bookz ni, mcm mane lah die masuk dalam jiwe Suci, aku rase die mcm paham jiwe perempuan yang beremosi mcm mane kot. kalau tak caye, masekan part belakang tu siap ade buat EPILOG plak. aish. hebat....

#Sang Bohemian ni overall nye cerite pasal engkau lah, zaman kampus kau macam mane, kaler die warna warni ke takde warna.....n yang penting its all about friendship. time kampus kau, ko akan kenal, mane member betul and mane member tak betul. member time susah senang, n time gembira sedih...seswai utk aku yang dalam mood final sem ni, konklusi semua ada dalam buku sang bohemian....and after dah habis baca buku ni ko tengok cover belakang, ko judge sendirik diri ko berlabel macam mane?


hari ini hari ahad.....

hari ini hari ahad, para wanita biasanya ke salon ntuk menguruskan rambut beliau.....
aku mahu treatment dan trim. kepala ku rasakan sudah makin kusut dan serabai, sebelum frinjan berlangsung aku perlu lakukan sesuatu.....ini mungkin boleh membantu....

married man.....

dan sesungghnya kawin itu indah....
aku start kenal since kerja banquet and jdk waiter utk event event besar dan momen paling indah bagi sesetengah orang, melihat bagaimana cara perkahwinan itu diraikan, yang aku pernah, biasa melayu, dan pernah sekali cina. walaupun melayu, cara sambutan berbeda, ikut citarasa, mahu gah atau sederhana.....pasti buat para tetamu terkesima. hari ini hari ahad, aku tak kerja. anf bukak fb, ade seorang blogger tersohor mengesyorkan blog perkahwinan kegemaran beliau. and aku teringat momen kerja dan perkahwinan orang lain yang indah indah. kahwin itu indah tahu.....

#KOPI sejuk yang terlepas.....

http://tontonfilem.blogspot.com/2012/03/3-filpen-kopi.html

semalam terkenang kenang......



Saturday, March 24, 2012

memories for grab @ arts for grab....

sabtuday - 24/3/2012

awal pagi. ehrm awal sangat. around pukul 11 aku terjage, sebab jantan keparat kat umah belakang niey buat memekak lagi. dang giler. sejak due menjak ni makin bising jantan kat belakang ni memekak. bodow. then teros bukak lappy. aku sebenonye tawar hati nak pergi sebab ekcely nak pegi pelancaran #KOPI tu but tgk la jam kol bape plak. dah la aku siap cm mak datin nak pergi berparti, so bukak tuit, bukak pesbuk jap, konfirmkan blek sampai kol bpe arts for grab tu berlangsung. so after do some research, aku tgk bebaloi gak pegi, after #kopi ade lg pelancaran buku buku baru yg lain mcm bayang by nami, sengih kerang by aisa linglung, then ade gak travelog rabak, sang bohemian, bla bla.

at 2.00pm bru gerak keluar rumah akibat rintangan dr budak budak rumah, then keluar jalan kaki, g bustop amik bus kat bustop dpn unisel, then tukar bus kat sect 2, then naik bus U80 plak....cobaan....cobaan biler ingtkn aku kene berdiri sejam sampai ke kl sentral. nasib la baik, bdk uitm dah bram turun kat pkns. kejdahnye la diorunk ni g pkns naik bus U80, ngko pegi jek la naik bus SERANAS, menyemak tau tak.

at 3.30 baru aku sampai betol2 depan central market. anak-anak muda uitm yang same2 naik dr sect 2 tadi takde satu pong yg turun sini, nampak beno beliau tak tahu event yang sebegini meriah ade berlangsung kat sini. jap. citer time dalam bus tadi, aku rase mamat sebelah aku tu mcm ade amik kesempatan sket kot, tp bukan sexual harassment, just tangan agak gatal melilau. erm.=.=.... ok back to the story, after sampai sampai aku pun masuk la carik di manekah ANNEXE seperti yang di-hot hot kan itu...percobaan first agak fail, salah jalan, naik sampai tngkat 2 kat CM, kahkah. then aku try keluar bangunan, terserempak pulak dengan #DEUS, mcm nak try tanye die mane event tu, tapi deus mcm in rush jek. so carik sendirik lah. baju hijau i am lejen yang die pakai mcm lampu traffic light hijau menunjukkan boleh jalan, boleh lalu jalan yang die lalu tadi. hohoh. so i follow my gut la.

i follow my gut, naik atas bngunan kaler hijau ke biru kelembutan n tanye mamat indie mane ntah yang memakai anting2 butang hitam, sangat unique gitu. n beliau menjawap persoalan saye dengan ramah mesra. ohsem. then naik tangga, teros terpegun...ah ohsem nye!! macam dalam magazine!!! kahkah. masuk2 jek ade the ricecooker's nye booth, best giler tahu the ricecookers ni, punk not dead. aku tak tau since jaman biler the ricecookers ni start blog, yang aku tahu aku follow citer ricecook ni 3 taun lepas n diorang still maintain, cool yeah!!!. then pegi tgk stuffy yang unik jugak, n then taraaa. jumpe dah booth lejen, sangfreud n bla bla. datang datang jek teros g booth lejen, jumpe cikgu vee yang cun and fi, ape name gadis cumil n peramah tu ek. lupe da. yang penting die mmg friendly macam selalu n argh bestla die niey, i feel welcomed la jugak even alone.

at 3:53, fi, cikgu vee n linglung mmg dah siap siap tercegat kat tempat diorunk nk launch book baru tu, fi seboleh boleh siroh dudok situ, stay jgn gi mane mane, tp aku cakap kejap la amoii, i nak tengok merchandise jap sementare sempat ni, belom start lagi kan. then datang balik, die cakap ait sekejapnye*this is the reason i jalan cepat bak hang zoul*seryes tak terperasan biler zoul zombi ade tegur time 3:53*....then tak lame tu launch buku bayang, then sengih kerang, time launch tu aku baru perasan erica michael, nice babes, untung nye nami dapat gegurl yg understanding mcm erica niey. wargh, fi siap tunjuk kat aku wei pst pst tu erica michael tu, tengok sane tu.hihih, aku senyum jek kat fi, tande paham.....overall, best la, aku tak pernah la sehidop ini pergi ke launching book yang ohsem hak lagu nih....best best. sempoi ja semuenye....

then at 5:00 plak, launch buku2 sang freud, selut.....after launch buku lejen aku tak gerak mane, stay tempat yang same n tadahhh! launching buku feveret kiteww. travelog rabak, seperti mane yang telah kitew review sebelom niey. yeahh! semue writer travelog ade lak tu....and dang! shima scarlett is just so pretty white chic. ngihih. pretty a, mcm agyness deyn pown ade, dgn kesetiaan pada kasot dr.martin nye n baju pink floyd nye itu. oh style. seyn n jayzuan plak cm malu2 jek nak launch....eheh.after that aloy pon borak borak borak, tanye tanye tanye, jawap jawap, jawap. after habis launch aku ingat nak meluru ke arah pelakon bunohan yang jadik membe adil tu, sape ntah namenye tu, argh terkwzot giler die datang tahu....tapi apekan daye, habis habis jek, die teros melompat ke arah pintu dan berlalu pergi meniggalkan saye termanggu manggu...takpe, takdop rezeki, so aku meluru ke arah shima scarlett plak, heyah. she is such a nice gurl. baik giler, bg sign n a words, then seyn. lagi best, siap tanye i dr mane ke mane, ahh seronoknyee!, pastu jayzuan plak, mintak otograf die plak. yeah yeah.

pastu jalan jalan pusing pusing lagi. seronok tahu, ramai penulis yang awesome gler ade kat situ. yaicks. disebabkan promosi sang bohemian yang berjaye, maka aku telah tergoda untuk mendapatkan buku tersebot dan jugek #mautopia yang telah ditunggu tunggu setelah sekian lama....before blah, aloy sempat menegor saye, hai!, aku pon hai lah balik. aloy ni baik jugek orgnye, time kat KUKUBESI aritu bagi aku tumpang duduk booth sang freud sebab hujan, baik lah. tengs aloy. pastu mcm ade perasan deus, sombong giler. welk. aritu kat kukubesi pon i tegor dulu. kahkah. haha, lastly, tejumpe linglung, aku nak buat confession kat die, yang sesungguhnya aku terpakse menolak tawaran internship ke lejen press, sedihh dow, disebabkan gaya hidup yang kian mendesak aku kene balik hometown, aku ckp kat seyn mcm ni tadi. ouh sungguh piluu...

sebelom balik s.alam melahap dulu di Es Teller 77. ohsem indo food. argh hari ni sangat menyeronokkan!!! yeay!






Tuesday, February 28, 2012

february memori V

COLLECTOR ITEM I















COLLECTOR ITEM II
















COLLECTOR ITEM III
















COLLECTOR ITEM IV
















COLLECTOR ITEM V








february memori IV


ITALIAN LOVER I
















ITALIAN LOVER II


















ITALIAN LOVER III




february memori III








PRE-FRINJAN I















PRE-FRINJAN II


















PRE-FRINJAN III














PRE-FRINJAN IV












PRE-FRINJAN V

>> shisha lova lova.









february memori II



PROJEK BATIK I















PROJEK BATIK II
















PROJEK BATIK III











february memori I





gamba time aku tengah baring atas rumput kat extreme park, time ni malam sebelum burger king terbako.


bukan untuk siapa siapa, tapi untuk siapa siapa wanita yang setia.



kesukaan - nescafe ais, sebelum karaoke, n merempit guna motor scoot aina lepak digunekan utk lepak di Salmi Manja.

komersial yang sepi.

february dan kesayangan........

helo 29th february 2012.

FEBRUARY. aku suka bulan ni sebab aku suka no 2. [february : 2]. aku suka bulan ni sebab bulan ni simple, joy, full of love, n bulan ni biasanya takde perasaan yang terlalu menyentakkan jiwa untuk datang. bab citer pasal lonelyness in love euw euw tolak tepi, mende tu tiap malam pasti rabak....

FEBRUARY awalnya, buat aku teringat kat Mr.NOR ALAM. my dad. besday pada awal february. i love u so much, i miss u. n i dont know where u are but i always pray to GOD that HE will save u in no matter what condition u are, whenever u are. u are my hero, my protector, n my everything. Life's gettin hard dad, if u read this can u just reply me, how on earth tomorrow and tomorrow should i live, survive in this a-not-so-called-peace-world. how am i? i didnt have the strength. broken deeply. alone. im hoping all the best for us dad, yet the HOPE's is too painful too gain.

FEBRUARY jugak menunjukkan aku rajin pergi berjalan dengan adanya duit ptptn yang melimpah ruah. nikmat dunia.

FEBRUARY 14-hari belen dunia. hari kasih sayang, aku ingat sehari sebelum belen day aku buat keje giler pergi pusing pusing naik monorail sensorang from bb to titiwangsa, tt to kl sntral. like a loser....n bila balik, time office hour sibuk org balik keje bawak bunge, sekuntum, sejambak dua buat peneman dikala kesunyian akibat forever alone. jalan pun agak jems sebab masing2 dah book tmpt makan mewah mewah n hotel mewah mewah gak.

FEBRUARY 20- besday mak esah tayunk.

FEBRUARY 22- besday azwan, sahabat dari terengganu yang aku masih tak pernah jumpe sampai sekarang which aku kenal die dijaman kampung chat. since hujung form4 sampai la ni. die baik. die patut ade awek yang baik n penyayang dekat budak budak n kucing. same mcm jiwa die yang lembut.

FEBRUARY 24- frinjan 27. sale kurang. duit makin rabak.
24/2-besday ex. wan jugak, tapi name die sumpah aku tak pernah nak ingat sebab name die panjang sangat n what for siak aku nak ingat name penoh die. dlm ic die ade 6 words name yang panjang2 yang bermula dengan WAN. kenangan bercinte dengan wan banyak yang pahit, sebab care die sayang orang lain, jenis tak menunjuk n passive. tapi aku tak paham, aku jumpe die time aku 19 n die 22. die baru keluar dr zon hidup yang terumbangs ambings n aku tak pernah tahu aku datang dalam hidup dia time dia betul2 nak recover from drugs, rempit, seks, n mcm2 lagi. bagi aku plak wan banyak tolong aku keluar dari dunie bisu. keluar melayan kerenah aku yang ntah pape, kadang kadang bila keluar kitorang tak de cakap sepatah haram pun tapi macam masing masing paham prob masing2 n just let it go. n bile pikir balik, aku kesian gak kat die. ntah, aku tak rase pun de ade pempuan lain. kalau ade pun maybe sebab nak buat seks dengan pempuan tu, sbb die belum recover pun sepenuhnye. hermm. n masalah duit or drugs yang kadang2 aku rase kesian kat die. tapi die tak tahu pun aku risau kat die, jenis macam bapak aku, ade prob dok diam sensorang, bukan nak cakap, nak share, bila masalah bertimpa timpa, tak tahu nak carik siape baru lah nak bagitau. aku tak suka tu, walaupun aku bukan jenis yang org resolve prob but aku rase didnt u think that telling some prob to others can reduce ur deepression. and aku pernah lepak dengan wan, tengok die buat dapur. aku rase seram time mula2, tapi wan baik, die tak pernah sakitkan hati aku. bila dia sibuk dengan drugs die, aku tengok die. die lalok sket n time tu la baru die nak citer pe prob die. aku rindu nak pegang tangan sejuk wan yang lembut n selalu menggigil. beberape tahun lepas aku ade jugak wish die. die ade cakap yang mak die ade suruh aku datang rumah, macam dulu dulu, lepak lepak, tengok tivi, layan muvie same2. sedih siak.


FEBRUARY 26-akar kukubesi. aku pergi sensorang lepas balik ceramah lesen L. aku suruh akak driver tu antar depan pkns. turun pkns, aku carik plaster, luka kaki aku belum sembuh, so terpakse carik something utk recover. time kat akar bosan jugak sebab takde member. herm, just layan org main muzik, dengar diorunk berforum or whatsoever. bila diorunk rest, aku duduk depan tasik, rase macam kat oversea, rase best. ade burung, ade org tgh joging, ade org tgh amik gambar, lovebirds, n paling best time aku tengah layan feeling ade lagu akustik tengah main drpd budak2 kat akar kat atas tu. ohsem.

FEBRUARY 28- aku amik gamba bunge kubur n bunga roses yg almost mati dalam toilet anis, dengan harapan flowers tersebut akan hidup n kembang mewangi.

FERUARY 29- aku baru tahu, hari ni wujud. aku lupa tahun ni tahun genap. takde bende yang penting sangat pun kecuali esok ade perjumpaan utk student final semester utk pengesahan tmpt praktikal, n aku tak comfirm lagi kat mane actually tmpt praktikal aku nieh. aku harap kalau BERNAMA tu betol2 dapat, aku dapat pikir mcm mane nak stay survive kat daerah lumpur. February comes to an end n jiwe makin gelisah, final makin dekat n life as a student aku pun hampir tamat. aku mengharap yang baik2 je utk sem ni, kalau dapat dean list dlm result pun ok. kehkeh. n semoge aku dapat tmpt praktikal yang baik2 jugak. aku takut nak menghadap MAC sebab bulan ni mengikut perkiraan aku adalah bulan yang biasa biasa, gloomy like usual......

selamat tinggal sayang sayang di bulan february .......



travelog rabak


22:44 (28/2/2012)

time ni aku baru baru sangat habis membaca kisah 3 anak muda hebat, jayz.shima.seyn.....awesome story.....awesome.

story bout 5 frenz travel along pantai timur, kelantan, terengganu n pahang to search somethin, to search a true value of a friendz, a true value of what soulmates and friendsmates should be. aku tak tahu either diorunk dah lame kenal or tak but they seems nice, time travel mmg surely u get to know more about ur frenz, kadang kau duduk satu rumah, satu bumbung tapi tiap hari kau keluar dengan balak, dengan aweks ko, ngko pun kadang tak peka same ade kawan engko tu hidop ke tidak, kadang ngko sibuk dengan dunia maya kau sampai kau lupa kawan kau ntah dah makan ke belum die. ntah la. kadang kau tak ambik kisah pun pasal ni, sebab yang penting perut kau kenyang. n kau lebih prefer duduk diam, siang ke malam, malam ke siang duduk depan laptop, menyerahkan jiwa kau pada laptop kau.

ok back to the travelog yang best sangat sangat nih. for the first part, jayz aku rase mmg die ade krisis middle age, aku kurang rase feel dalam penulisan die sekarang ni, mean in this book compared too jurnal rock n roll before. time dulu jiwa die lagi rebel, lagi feel, aku suke kisah die tentang awek awek yang penah merabakkan hati beliau, jiwa beliau. hidup dikelilingi aweks aweks cun. zaman muda muda dulu die lagi owsem kot.

eh anarki di kuala lumpur plak! lupe die tulis mende nih tapi kurang sengat jugak, aku expect high jugak. tapi ok la, part marijuana, deep depression tu macam sampai la jugak penceritaan nye.

the next part is writtem by shima scarlett, the new zealand mix malaysian gegurl, ingatkan aweks cine mane tadi. kehkeh. shima is gurl. but sheena is a punk! hoyeah. a typical i-phone geekz girl. modern girl live at urban places, lucky la this girl dapat join trip nih. ah sangat jellyfish! n mude lak tu 19 kot! wt when im 19, i still in jb, mak aku tak bg keluar jb, sebab kat luar jb bnyk anasir jahat katenye. kahkah. but shima a bit hairwire somewhere bila dpt tau kekasihnye menduekannye, i want to know more about the vacation shima!, want it to be fun, not a sad story of yours. tapi bile dah lame, i think the mood of reading should change. deep part started, bukan semue bende perlu ade fun fun, betui dak?. n shima if u read this, be strong gurl!
n bile part jayz tadi takde pun rase deep time membace, sebab aku tak tahu lah jayz lagi dah melalut kebende pasal die n aeks portugal tu. jayz adekah anda mahu menjadi penulis kontrol histeria? why why? jayz u should express ur feeling, maybe bila u buat jalan citer pelik macam tu u can reduce ur deepression of confused middle age men? mcm tu ke?

n the third one is seyn! seyn the riot! seyn the coolest! i love u seyn! gaye penulisan seyn buat aku teringat gaye jayz time muda muda dulu, meaningful, fun, depress, happy, sad and all feeling at the same time. this is what a teenage age should be. n seyn dah bawak citer nih dengan penuh bergaya n berkesan. tq seyn. bila dah nak ending citer seyn mmg pandai bawak aku masuk dunia reality balik. masuk dunie yang penuh dengan kekusutan dan keserabotan. at least seyn ade peluang nak ke cherating, janda baik, batu burok n mana2 lagi utk lepaskan masalah kusut n serabot yang mendatang. hermm. ehm cakap pasal lonelyness die, i feel the same, aku tak gantung gamba ex kat dinding, aku tampal dalam hati, sial mcm mane nak bikin koyak? rabak la ginih. lonelyness yang seyn crite dalam travelog, tentang macam mane desperate nye die nak mencari cinte seorang lover buat aku rase yang same. perasaan macam tu lah yang datang. retarded. ape ntah bahase org putihnya. yang penting jiwe sepi. kosong. macam tu lah kot. n because of that feeling lah, aku rase seyn membawak mood aku ke dalam dunie sendirik, dunie yang mane aku start main twitter, start membazir masa dengan twitter, start menghabiskan sisa sisa hidup final sem aku dengan main twitter like a boss. sungguh syahdu.....

btw, aku suka travelog nih. tahniah pade diri aku sebab beli menggunakan baucher 1 malaysia buku yang hebat! n thnx gak ke zoul mengrekomenkan buku nih n nana yang memakse aku beli buku nih.

langit vanilla-bye bye...



Tuesday, February 7, 2012

extreme park, lovebirds dan si gadis kesepian.....

dan gadis kesepian itu pun melangkah kaki layu, dengan jiwa sepi tanpa rasa ke arah pangkin yang berdekatan....langkah longlai termati apabila pangkin tersebut telah dicop oleh pasangan lovebirds lain yang jua bermotip sama mahu mencari tempat berteduh selepas penat bercangkerama....

dan kemudian si gadis kesepian terjumpa bukit kecil yag tiada makhluk lovebirds di atas sana dan dengan langkah longlainya menuju ke ruang hampa....di atas bukit itu, dia membentang alas surat khabar supaya bajunya tidak tercemar dengan kotor tanah.....

di atas bukit kecil, dia membina dunia kecilnya sendiri, membina ruang hampa, kesepian seperti namanya si gadis sepi....

di atas bukit kecil suasanya tampak indah walau dia bukan berada setinggi lovebirds di atas puncak bukit di sebelah kirinya.....suasana malam yang segar dengan makhluk makhluk sejiwa dengannya, kosong...mencari kedamaian di balik malam yang hening.....

di kirinya ternampak sekumpulan laki laki skateboarders khusyuk bermain skate, tidak mempeduli kehadiran tetamu tetamu serta mata mata di extreme park itu....mereka telah membina dunia mereka sendiri juga....

dan di kanannya ternampak sekumpulan anak muda dari UiTM mungkinnya, bermain kad poker, bergelak ketawa, laki laki dan perempuan, membuang kebosanan, memecah damai di extreme park.....

dan di depan nya pula, ternampak sekumpulan laki laki di atas puncak batu bata buatan manusia yang paling tinggi kiranya antara batu2 yang lain.....mereka juga khayal dalam dunia sendiri, bermain gitar akustik....mencari not not lagu dalam bening pagi....

dan si gadis sepi berasa gembira dengan suasana malam yang tenang.....yang membuatkan jiwanya damai....si gadis merasakan makhluk-makhluk di situ juga sepertinya...berusaha untuk memecah sepi, membuang kekosongan dalam diri yang hampir mati....

dan buku kelabu yang dibawa membawa si gadis dalam dunia nya sendiri, dengan bertemankan bunyi gitar akustik....moodnya indah.....sungguh indah....

dan bila si gadis usai membaca bukunya, beliau baring dan menghadap kelangit, keletihan selepas puas duduk mungkin.....sama seperti sesetengah laki laki dan gadis gadis yang juga kebaringan....menghadap langit mereka semua berharap keajaiban berlaku atau mungkin berharap bulan mendengar rintih, berharap atau memadam pahit bait bait hidup yang menyesakkan dada.....

dan si gadis berharap pada bulan yang terang supaya bintang bintang akan sudi menemani bulan yang kesepian.....agar bulan terus gembira menerangi penduduk bumi.

tatkala si gadis kesepian mengharung sepi yang tiada berpanjangan, tiba tiba si jejaka yang datang entah dari mana memecah sepi, mengatur bait kata ingin menemani.....

si gadis kesepian malu-malu seketika, bisu tanpa kata, terkelu melihat gerangan siapa yang sudi memecah sepi, meghulur salam bertegur mesra bermain bait bait kata....

si jejaka entah dari mana memulakan bicara, mengorak langkah, bertegur sapa, bertanya mesra, bertanya siapakah gerangan si gadis kesepian yang sepi ibarat bulan menunggu pungguk, ibarat bulan menunggu datangnya si bintang.....

dan si gadis sepi mula berkata-kata, cuba mengurai sepi yang bermaharaja di dalam hati.....dari mula bermalu-malu akhirnya bergelak tawa....manis senyum dan kata-kata....mendengar jenaka dari jejaka.........

dan di atas bukit kecil menjadi saksi kisah si gadis kesepian dan si jejaka entah dari mana berkongsi cerita, berkongsi kepahitan walau tidak kenal antara siapa....

dan pabila bening subuh kian mencucuk tulang temulang, si gadis kesepian mengundur diri, mahu plang ke daerah kesepian semula untuk berpijak ke dunia realiti, ke dunia sepatutnya beliau berada.....

dan si jejaka entah dari mana terpaksa mengakhiri kata kata, di hujung suara seperti tidak mahu mengakhiri bual bicara....seperti berharap si gadis kesepian bisa datang di malam esok dan kesekian kali untuk datang di sini, di atas bukit kecil untuk bercerita, mengadu domba kisah hidup yang tidak pernah tamat.....

si gadis kesepian berlalu pergi, si jejaka entah dari mana menasihati agar si gadis pulang dengan berhati hati, banyak gagak yang liar di luar, hidup harus cekal agar nyawa tidak dirobek dan disiat siat dengan sial gagak yang liar....

si gadis memberi salam dan si jejaka menyahut....perbualan itu mati disitu, gelora jiwa berharap agar si dia dan si dia akan kembali pada malam esok dan malam malam seterusnya untuk berkongsi kisah hidup yang manis, masin, pahit, payau atau apa jua agar didada tidak kosong, jiwa tidak mati......



ShareThis