Friday, January 18, 2013

Bintang dan Beautiful Stranger

Beautiful Stranger ....
http://rapsodi18.blogspot.com/2012/02/extreme-park-lovebirds-dan-si-gadis.html

aku baca balik entry ni and wordless,
power jugak aku buat madah madah lonely macam ni.
untuk kesekian kali, dekat atas bukit kecil aku harap sangat si jejaka entah dari mana tu muncul.
si dia dari Tanjung Malim.
aku pun dah lupa namanya.

dear Bintang,
dari atas trek tempat aku tidur, aku nampak bukit kecil tu makin kotor,
takkan siapa akan lepak baring dan tengok engkau dari sana kecuali aku pada masa dulu,
aku hanya harap kawan Bintang kau dimana mana akan kabar pada jejaka tanpa nama tentang aku yang sudah muncul kembali.
hanya bertanya kabar.
dan musik musik akustik yang pernah temani aku, kau dan dia pada waktu itu.

dear Bintang,
aku dah banyak berubah.
berubah.
jadi lebih matang, lebih tua dan lebih membosankan.
kau pun,
bakal jadi macam aku,
akan malap dan tiada sinar.

untuk malam ini,
sekian kali,
mari jadi muda bersama aku,
temani aku,
terangi malam seperti aku dan dia di atas bukit kecil.






Bintang dan Kawan Kawan Yang Kita Suka.

last week.
weekend.

aku turun shah alam untuk settle kan hal hal medical appoitment aku. sambil menyelam ditelan jaws, aku bilang aryn, eddy untuk lepak sama. malam sabtu yang gila. rasa macam muda balik. overnite. aryn dan eddy dua kawan baik yang ikut je kepala gila aku. one thing is deep inside terharu gila.

sabtu malam, lepas lepak dengan akbar dekat Bukit Ampang, lepas bicang hal hal dunia, hal hal duit yang tak sudah, this threesome pulang ke shah alam dengan takde tujuan. nasib baik malam tu tak hujan. 4.30am after hantar akbar balik Keramat, aku and aryn, 2 gadis perlarian, terus jadi homeless, lebih lagi aku. aku suggest that nite tido dekat extreme park. tempat jatuh lagi dikenang kenang.

dulu aku banyak habiskan masa bercumbu, bercanda dekat atas trek basikal extreme tu. dengan kekasih lama. DULU. makin tinggi trek,makin tinggi tingkat syurga cinta. malam sabtu tu aku tidur atas trek paling tinggi. paling tinggi supaya aku dapat tengok bintang lagi dekat. or aku harap aku dapat genggam bintang tu. aku tidur satu jam dekat situ. atas trek, berteman bintang, kenangan kekasih lama, kenangan stranger yang manis, musik akustik, irama skateboard dan lampu yang makin malap.

sejuk. dengan sehelai t-shirt padini tu aku lawan embun malam. aku nak jugak tidur atas trek tu. bintang banyak malam tu. teman aku tidur. teman aku lupakan hal hal yang bingit. aku banyak mengelamun atas tu. tapi pegang kuat pada kayu kayu trek , aku taknak mati dulu. rasa macam kau dekat syurga dan neraka bawah kau je. dekat sangat.

5.45am. aku bangun. embun makin menggigit. kaki aku dah kebas. kira agak lena aku dapat tidur atas trek sejam. duduk dan loosen up. dari tempat aku tidur, boleh nampak budak budak lepak atas tembok batu. ramai. lepak baring macam sardin. memekak. tak main lagu akustik. main jerit jerit. pagi yang bingit...

subuh. aku tengok budak main skate. lepas azan, ramai blah, pergi solat subuh dekat surau nearby agaknya. tinggal beberapa geng je. makin sikit and makin sunyi. masa ni aku dekat Burger King lepak takde arah tuju. aku pusing pusing Burger King. tempat ni dah terbakar, since kedai fast food ni tutup tempat ni agak malap, tak semeriah dulu. aku amik satu port dekat situ, bertafakur and otak aku memang kosong betul. aku takde fikir apa. aku rasa aku happy pagi tu. dapat tengok sunrise jugak. best.

lepas sunrise. dalam pukul 7 aku blah, kejut Eddy and Aryn dalam kereta. hari ahad bakal jadi hari yang sibuk. kitorang pun kena balik rumah dan rutin bosan masing masing sebelum aku pulang jb.

Selamat Tinggal zaman yang penuh dengan nostalgia.






Pada Sebuah Ayam Fared.

Pada Sebuah Ketentuan - Ayam Fared.

Buku ni aku baca dengan kadar 1 harakat untuk setiap poem, phase yang baik dan berkaitan dengan aku. sahaja.
Dekat Kombi.
dan aku belum memiliki buku ni.
Rindu.
topik bodoh pada muka surat ke berapa ntah agak terkesan untuk aku.
Rindu.
untuk orang yang bodoh,
untuk orang yang malas.
untuk orang yang pejam.
Rindu.
perlu masa, duit dan korban.
ini bukan phase dalam buku tu.
aku lupa exact phase.
yang aku tahu macam tu lah.

Rindu.
Bawa aku lebih kuat untuk kejar duit, pandang ke depan.
Rindu.
Bila aku kedepan nanti, sudikahkau temani aku?

Friday, January 4, 2013

dua empat.

selamat tahun baru.

tahun ni aku menjadi perempuan kebanyakan yang berumur 24.
masuk tahun baru dan banyak hal hal hidup yang merumitkan pada umur 24. aku perlu belajar komitmen. aku perlu belajar tanggungjawab. perlu belajar kerja keras. baru tahu harga nilai 10 sen tu macam mana. i am no longer a student. no longer happy happy go mati. pertukaran status besar ni buat aku sangat terkejut.

awal tahun baru masih lagi dalam dilemma mencarik kerja yang sesuai dengan soul. masa depan yang tak pasti. hal nak beli kereta. sale macam celaka banyak untuk year end dan new year. mulalah goyah nak beli kereta itu ini. persoalan lain lagi macam berumur 24 dan tak boleh buat keputusan sendiri adalah paling perit.
kau sendiri tak habis dengan konflik-mid-life apatah lagi nak handle konflik yang macam cilake dengan orang lain.

umur 24 bakal saksikan aku mesti alami depression teruk. dengan duit. kenapalah duit ni babi sangat. aku kena jadi hamba duit. pertamanya hal bayaran kolej yang tak berkesudah. private universiti paling jahanam dan terkenal kat Malaysia ni uni aku lah. UNISEL babi sakai anjing. makan duit haram.

keduanya. kene bayar hutang ptptn. dah pandai hutang, pandai lah bayar. okey. fuck me. stupid!

kereta, smartphone, tablet dan baju kemeja yang mahal mahal.
ketiganya, umur 24, kau bukan lagi budak kolej selekeh pakai selipar jek pergi kelas. kerja kat office pulak. kena lah ikut gaya skema. kemeja tajam, kasut heel tutup , tie. taik. nak kerja pun kena keluarkan duit. sialnya. nak carik kerja jek kau dah habiskan masa dekat jobstreet bodoh. interview. resume, gambar size passport. travel carik kerja. semua tu pakai apa. takkan air kencing adik aku pulak. kereta. telefon pintarr. kalau takde ni, macam mana masyarakat kubikel bodoh ni nak accept kau. perlu ada imej, perlu ada label. baru lah kau ada harga. barulah ada orang nak amik kau bekerja. kau faham tak ape aku cakap ni?

baru nak amik nafas untuk dua puluh tiga belas. mari. come to mama. mari hadapi hari hari sial yang mendatang dengan lebih gila.

4/1/13
-dalam bilik kaler pink.






Tuesday, January 1, 2013

2013

HAPPY NEW YEAR BITCH!!!!

        WOHOO!

ShareThis