Wednesday, October 2, 2013

Laughing Gas

Gas ketawa.
Gas gembira untuk momen bangsat.

Sedut dalam dalam.
Ketawa kuat kuat.
Tidur ketat ketat.

Nah,
esok kau lupa pada segala bangsat.


once upon a time, i had a friend's name ____________

once upon a time,
aku ada kawan,

ada pada masa senang,
ada pada masa susah.

takda pada masa senang,
ada pada masa susah.

takda pada masa susah,
ada pada masa senang.

tapi kawan buat aku happy,
kawan buat aku rasa 'alive'.
dalam hidup bukan ke kita kena carik benda yang buat kita 'alive'...

sekarang ni kawan dah berubah,
cari hala tuju,
kawan tinggalkan aku,
macam tu....

kawan pergi cuba hidup baru,
tinggalkan aku yang buntu dan dungu....

terima kasih untuk memori 'alive' yang pahit, manis, masam,masin.
terima kasih untuk pinjamkan masa yang sekejap untuk kawan macam aku.
terima kasih untuk mendengar kisah depresi aku yang tak pernah habis.
terima kasih untuk semua.

Good luck untuk kau kawan.
Go for your dreams...

I will only become a bad dreamer,
being left alone round and round...again and again....






depresi.

depresi.
benda yang aku dah lali.
sampai satu tahap aku tak tau nak rasa apa.
memang entry ni agak depresi dan menyedihkan.
hari hari pergi kerja dengan muka yang membengkak.
rasa macam kat awan, terapung, kosong....

bila ima bagitau aku, bos selalu aim aku, untuk takda alasan yang kukuh,
sebab bangsat tu suka aim aku,
sebab suka suka babi dia je nak aim,
bodoh.
kacau. anything aku buat is always wrong.
pukimak.

ima see through her eyes,
aku feel through my heart.
sakit hati ni perittttttttttt sangat.
more than words.

aku tak tahu nak cerita every unfair things.
tak tahu nak mula dari mana.
yang aku tau..
aku acting cool macam takda apa jadi,
sebab aku tak reti nak cakap...
nak cakap benda babi orang lain buat kat diri sendiri...
tak boleh nak pertahankan diri sendiri...
yang boleh cuma bertahan selagi mampu.

Dear heart, sabarlah...Allah do this all because He loves you....

Wipe that tears and move on ya ~


sakit yang aku diamkan.

been this far...
aku diamkan.
sakit terbogel dimaki.
sakit terbogel ditampar.
sakit terbogel dilanyak.

diam.
diam.
diam.
sampai aku jadi bisu.
tak tahu mana benar mana palsu.
tak tahu mana aku, mana aku...

bisu
bisu
bisu
dan bila aku bersuara, bakal dihentam dan dilanyak.
angguk terus tanda setuju.
senyum sinis, kau bukan tahu..


Friday, January 18, 2013

Bintang dan Beautiful Stranger

Beautiful Stranger ....
http://rapsodi18.blogspot.com/2012/02/extreme-park-lovebirds-dan-si-gadis.html

aku baca balik entry ni and wordless,
power jugak aku buat madah madah lonely macam ni.
untuk kesekian kali, dekat atas bukit kecil aku harap sangat si jejaka entah dari mana tu muncul.
si dia dari Tanjung Malim.
aku pun dah lupa namanya.

dear Bintang,
dari atas trek tempat aku tidur, aku nampak bukit kecil tu makin kotor,
takkan siapa akan lepak baring dan tengok engkau dari sana kecuali aku pada masa dulu,
aku hanya harap kawan Bintang kau dimana mana akan kabar pada jejaka tanpa nama tentang aku yang sudah muncul kembali.
hanya bertanya kabar.
dan musik musik akustik yang pernah temani aku, kau dan dia pada waktu itu.

dear Bintang,
aku dah banyak berubah.
berubah.
jadi lebih matang, lebih tua dan lebih membosankan.
kau pun,
bakal jadi macam aku,
akan malap dan tiada sinar.

untuk malam ini,
sekian kali,
mari jadi muda bersama aku,
temani aku,
terangi malam seperti aku dan dia di atas bukit kecil.






Bintang dan Kawan Kawan Yang Kita Suka.

last week.
weekend.

aku turun shah alam untuk settle kan hal hal medical appoitment aku. sambil menyelam ditelan jaws, aku bilang aryn, eddy untuk lepak sama. malam sabtu yang gila. rasa macam muda balik. overnite. aryn dan eddy dua kawan baik yang ikut je kepala gila aku. one thing is deep inside terharu gila.

sabtu malam, lepas lepak dengan akbar dekat Bukit Ampang, lepas bicang hal hal dunia, hal hal duit yang tak sudah, this threesome pulang ke shah alam dengan takde tujuan. nasib baik malam tu tak hujan. 4.30am after hantar akbar balik Keramat, aku and aryn, 2 gadis perlarian, terus jadi homeless, lebih lagi aku. aku suggest that nite tido dekat extreme park. tempat jatuh lagi dikenang kenang.

dulu aku banyak habiskan masa bercumbu, bercanda dekat atas trek basikal extreme tu. dengan kekasih lama. DULU. makin tinggi trek,makin tinggi tingkat syurga cinta. malam sabtu tu aku tidur atas trek paling tinggi. paling tinggi supaya aku dapat tengok bintang lagi dekat. or aku harap aku dapat genggam bintang tu. aku tidur satu jam dekat situ. atas trek, berteman bintang, kenangan kekasih lama, kenangan stranger yang manis, musik akustik, irama skateboard dan lampu yang makin malap.

sejuk. dengan sehelai t-shirt padini tu aku lawan embun malam. aku nak jugak tidur atas trek tu. bintang banyak malam tu. teman aku tidur. teman aku lupakan hal hal yang bingit. aku banyak mengelamun atas tu. tapi pegang kuat pada kayu kayu trek , aku taknak mati dulu. rasa macam kau dekat syurga dan neraka bawah kau je. dekat sangat.

5.45am. aku bangun. embun makin menggigit. kaki aku dah kebas. kira agak lena aku dapat tidur atas trek sejam. duduk dan loosen up. dari tempat aku tidur, boleh nampak budak budak lepak atas tembok batu. ramai. lepak baring macam sardin. memekak. tak main lagu akustik. main jerit jerit. pagi yang bingit...

subuh. aku tengok budak main skate. lepas azan, ramai blah, pergi solat subuh dekat surau nearby agaknya. tinggal beberapa geng je. makin sikit and makin sunyi. masa ni aku dekat Burger King lepak takde arah tuju. aku pusing pusing Burger King. tempat ni dah terbakar, since kedai fast food ni tutup tempat ni agak malap, tak semeriah dulu. aku amik satu port dekat situ, bertafakur and otak aku memang kosong betul. aku takde fikir apa. aku rasa aku happy pagi tu. dapat tengok sunrise jugak. best.

lepas sunrise. dalam pukul 7 aku blah, kejut Eddy and Aryn dalam kereta. hari ahad bakal jadi hari yang sibuk. kitorang pun kena balik rumah dan rutin bosan masing masing sebelum aku pulang jb.

Selamat Tinggal zaman yang penuh dengan nostalgia.






Pada Sebuah Ayam Fared.

Pada Sebuah Ketentuan - Ayam Fared.

Buku ni aku baca dengan kadar 1 harakat untuk setiap poem, phase yang baik dan berkaitan dengan aku. sahaja.
Dekat Kombi.
dan aku belum memiliki buku ni.
Rindu.
topik bodoh pada muka surat ke berapa ntah agak terkesan untuk aku.
Rindu.
untuk orang yang bodoh,
untuk orang yang malas.
untuk orang yang pejam.
Rindu.
perlu masa, duit dan korban.
ini bukan phase dalam buku tu.
aku lupa exact phase.
yang aku tahu macam tu lah.

Rindu.
Bawa aku lebih kuat untuk kejar duit, pandang ke depan.
Rindu.
Bila aku kedepan nanti, sudikahkau temani aku?

ShareThis