Saturday, July 21, 2012

penyucian hatimu hambaku.....

ramadhan datang lagi....
tanpa disangka sangka....
cepat betul...

untuk situasi macam ni,
mungkin ada hikmah,
tuhan bagi banyak masa untuk berdoa,
untuk dapat keputusan periksa yang bagus.

bulan ni,
bolehlah buat ibadah lebih sikit,
bukan selalu.

hari ni,
pertama ramadhan,
dah solat terawih sampai rakaat terakhir.
rasa mahu melekat dahi pada tikar sejadah...
bila rakaat sepuluh dan keatas,
rasa dan perasaan tu datang.

rakaat 12 dan seterusnya menguji betul,
haha.

ermmm. nak makan apa sahur ni kejap lagi?

semalam yang rabak

semalam.
1 ramadhan. masuk waktu magrib aku still kat dalam office. pukul 6.45 tadi baru lepas bertekak dengan bos aku. aku mintak balik awal, aku nak lepak hari ni. buat training sial ni memang buat mood aku bengang tahap 7. nangis. well, aku melalak lagi this time. aku rasa time nih aku dah tak boleh nak tahan, budak department yang sama dah nampak aku melalak mcm mana. macam budak kecik yang kene curik aiskrim die. sadis. tragis. first aku bingit dengan supervisor aku sebab tak kasik aku balik awal, pastu secondly aku bengang dengan akak trainee yang tolong aku buat training tu. dua dua maaf cakap macam sial kimak. memang piss off. akak training tu memang dah tolong aku banyak sangat pasal training tu, pada masa tu lah. bukan pada masa sebulan yang lepas yang mana pukul 8 paling awal aku jejak rumah aku.  nak blame aku itu ini, pastu nak buat comparison kat diri die sendiri. aku betah balik, aku cakap balik benda yang aku tak puas hati. budak team lain cakap, aku kurang bercakap kat tempat kerja n diorang risau benda nih boleh effect mark aku. aku tak tau. tapi untuk start a relationshit dengan budak budak ni, aku rasa plastik sangat. tak tahu kenapa. maybe aku culture shock dengan environment gila babi kat tempat kerja ni or memang diorang ni sundal.

after part rabak dalam office, aku turun lif dari tingkat 26 dengan hati yang bengkak n kosong, dengan mata yang merah, bergenang, rabak dan muka yang sembap. yang mana aku ikut jek mana kaki aku bawak aku. kau tahu sampai mana kaki aku bawak aku? sampai selat johor tu, sempadan dengan singapura tu. tak jauh pun rasa bila kau jalan dengan hati yang kosong macam tu. bila dah sampai baru aku tersedar. aku tengok laut yang kotor tu dengan lampu malam. aku tengok sempadan tu. rasa macam nak lari jauh jauh. tapi tak boleh. tapi sekejap pastu, aku ada fikir rasional balik. tempat aku ni bukan selamat untuk aku pergi time magrib macam ni, macam macam boleh jadik. and laut tu mengerikan aku. *sigh*. pastu aku blah.

lepas blah, pergi lepak kedai mr. kombi. pedih kat ulu hati tak hilang lagi ni padahal. aku tak tau nak pergi mana. aku tak tau nak cakap dengan sapa. semua benda macam sial pada waktu tu. aku order air kopi ais, lepak tingkat atas, tengok jalan depan mata dalam dalam, tarik nafas then aku diam. duduk minum kopi ais. tengok pemandangan bazaar karat dengan hati kosong. ada jugak bahan bacaan yang aku macam tiket ke neraka n nama ai lolipop, ambik konon pura pura lepak nak baca buku. tapi tak tembus.

around 9 mak aku kol bila nak balik. aku cakap baru nak keluar office, malas nak panjangkan cerita. dalam 10.30 baru aku sampai rumah, dalam kereta mak aku membebel lagi macam selalu. tapi hati kosong. aku tengok luar kereta. telinga tahan kene butir peluru yang keluar.

bila hati tengah mendidih, yang kau boleh buat time tu adalah dengar dan dengar, kalau nak bagi nasihat pakai akal yang matang. kalau pakai akal kelas bawahan boleh buat orang bingit. paham tak? oh tak paham. sebab engkau bajet bagus, dan kau boleh  pergi mampus.

ok lah. esok puasaa.....


Monday, July 16, 2012

kisah hidup seorang geisha.....

pengalaman intern aku memang pilu.
pilu macam kau dipaksa makan ubat yang mana kau memang paling tak suka makan ubat. atau lebih dari tu. sebelum intern, of course au ade banyak tanye orang sekeliling pasal pengalaman intern yang mana 80% cakap intern rileks. 10% kuli batak, and 10% lagi mix up, semua ada. time ni dah tinggal 5 weeks jek lagi before aku blah dari company nih. instead of pilu mesti a ade yang best, macam selang 1 week dapat join event, bowling lah, makan makan lah, nonton panggung barang2 lah. maybe tu macam best lah. pengalaman intern dari kawan sekuliah lain ramai yang cakap penat gila jugak. maybe its the price that u should pay, aku carik tempat intern dengan bayaran yang up sikit, perlulah buat kerja lebih sikittt. sikit which dah lama lah aku balik mesti matahari dah terbenam. dengan jam gila babi sebelum pergi kerja. memang piss off.

setiap pagi, kalau sembahyang subuh. mesti berdoa semoga haritu tak malang, dan lebih baik dari hari sebelum. aku boleh berharap jek. tapi jam time hari selasa, and rabu yang macam nakhorom tak kan pernah berkesudahan. dugaan betul. setiap pagi sebelum aku sempat baca doa makan untuk sarapan pagi, aku dah mendoakan orang lain pergi masuk neraka, mendoakan orang lain mati cepat dan sebagainya.

sampai tahap ni, which tadi aku monteng kije sebab nak bebas dari kene bambu dek supervisor kat tempat kerje n daripada kene bambu dengan mak aku kat umah. bila balik aku rasa happy sangat. aku tak tidur dalam bus, and aku bersedia bila nak turun ke stesen bus yang mana aku patut turun, and aku takde rasa nak maki orang pun harini. best kan. indah sokmo. tapi satu hari jek lah. esok kena start jadi budak praktikal balik, perlu senyum jek bila kene bambu, kena senyum jek bila terserempak dengan senior, kene diam jek bila kene marah. macam tu lah. bayar alaun pun tak seberapa. tahan jek la. ye dak.

last week aku pernah hentak hentak wedges yang aku pakai kat stesen bus tempat aku turun, sebab mak aku lewat sejam amik aku. pastu nangis. (cemiang dah tua tua pun hadoii) ....which dah la sebelum tu kene bambu dengan bos kaw kaw. ntahla.

untuk 5 minggu ke depan, aku harap dapat terus survive, and dapat habiskan intern dengan result yang flying colours which aku harap sangat dapat tukar pinjaman ptptn to scholarship, which umpama mimpi dalam mimpi..dan untuk 6 minggu ke depan aku dah bersedia kalau aku jadik penggangur tegar, dan untuk minggu seterusnya aku perlu carik kerja dan tak boleh malas dan terus pasrah.

....bila nak berak, terus berak. kalau ditahan jadik racun. kalau nak nangis, terus nangis, kalau tak jadik gila....dan keluarkan lah isi isi itu....

a book that make u think.

Ez.

Ez sapien dan awek chuck taylor dah meninggal.
dan semalam penulis act dah blah dari terfaktab dan clash dengan kapel beliau.
pasal awek chuck taylor ni ada banyak kenangan.
act, novel indie first yang aku beli and sangat sexcited sebab based on true story. after baca terus stalk formspring, blog, fb, mespes. apa lagi. and aku terus syorkan buku ni pada member terdekat. ada yang suka, and ada yang tak. pada yang suka, aku share pengalaman apa diorang dapat dalam buku tu. masing masing eksaited, stalking. sebab novel act adalah investment first aku pada buku buku indie, yang mana dah berapa tahun kebelakang aku tak baca novel, disebabkan novel novel cinta macam tahi dan too mainstream di pasaran.
teringat first time beli, time tu kat frinjan, abiang aloy pradox yang serve. malu malu plak, and for sure dia promote buku dia. tapi sampai sekarang aku tak pernah beli buku abiang aloy. and selain buku act, aku beli buku amerika. this two books memang investment first aku. aku bersumpah jugak kalau buku dua tu tak best, haram sampai bila aku takkan beli lagi buku indie. tapi tengok lah. act fever is too 'gila'. and amerika pulak aku beli sebab cover dia pelik yang mana membe aku yang takut lipas, paling benci buku tu.

Back to ez, aku takde kawan meleis yang kepala dia macam tu, which means her ideology is too wow. bukan macam otak meleis girl lain lah. pasal bola lah, yahudi, nik aziz lah. its kinda interesting. its unique. kadang bila pikir dia ni islam ke. but then how do i know. itu urusan dia dengan tuhan. bila ez meninggal haritu, aku teringat aryn. membe yang aku pernah berjanji nak lepak sama bila aku dah blah balik hometown, tapi sampai saat ni still tak berkesampatan. aryn pun layan ideologi pelik2 ni. pernah satu time bila kitorang borak, aryn cakap ez ni tak wujud, dia hanya bayangan nami. eventough jack tu adlah bayangan nami yang sebetulnye. hahah. aku gelak. then. aku diam. ermm.

i have a great memories with only a books. different tought, different point of view. this is what a book should be.

-jco cs, 17.25, 16/7.....

Saturday, June 2, 2012

#DOSA - cerita tentang pria bersayap....

baru usai membaca novel #DOSA.....antara novel fixi yang unik n lain dari lain sebab ada special page definisi kat depan buku ni, the other fixi books ade ke macam ni? takde kot? hahah. *tak pasti*. ade readers cakap ni pengalaman terbaru bace buku buku mcm ni tapi aku rasa kalau ngkorang mengikuti perkembangan movie movie indon, cerite cerita ala homo, lesbo, gay n sort of ni dah banyak n bukan baru kat sane. aku teringat movie santai gay friend - COKLAT STROBERI n movie homo dan  lebih rare exposed pasal golongan nyah kat jakarta -JAKARTA UNDERCOVER bila aku baca buku nih. movie lama, dua tahun lepas aku tengok masa baru masuk U. n lepas tu aku dah tak aktif mendownload muvi indon, sebab masalah wi-fi mcm celaka kat kolej. hihihh. okey back to the books.

ibaratkan mcm lagu we are young from FUN, plot of coz starting with what makes you change. ricky berdarah muda n tak suka orang tua beliau, blah dari rumah bukan sebab dihalau, tapi disebabkan dikata manja oleh bapak beliau. lelaki n egoism mana boleh dipisahkan? betul tak. hikhik. then after masuk sekolah pondok, everything will never be the same again. yang part sekolah pondok n kobong tu aku tak dapat nak imagine mcm mana, tapi keadaanya mesti daif jugak kot. mcm tak selesa lah kalau nak compare dengan tilam queen size aku nih kot. hokhok. then bercerita pasal kawan perempuan (baca lelaki) paris dan yessy. paris jumpe dekat sekolah n yessy dekat kobong. sebenarnya plot cerita awal banyak pasal paris(muhammad farisyi) n yessy (yusuf), of coz la cerita kecelaruan jantina mesti dapat attract orang utk terus baca. ah lagi satu pasal bahasa pondan tu, betul ke ade bahasa mcm tu dekat indon? hohoh. eg : "yeiy harus bismika macam inang" means kamu harus pandai cakap macam ini. *di mana kamu banyak menguasai bahasa dari orang lain, di situlah kamu mengawal situasi.*#DOSA.

the main story (see the cover) lelaki bersayap key, bukan nye perempuan atau lelaki jelmaan perempuan atau pun perempuan mcm cover novel fixi #LICIK tu. this is a guy story, ricky n teman beliau -  oskar, saudara tiri si paris. at one time dunia mmg kecik, ade masa kau selalu jumpa dengan orang yang ade related dengan orang yang kau pernah kenal, mcm tu lah ricky, yusuf, paris, n oskar meet up. aku paling suka part diorang buat kerja gila, pergi disko, pub, bar tu enjoice together gether n part pergi pantai bila nak lari dari dosa.

other part, mcm starting banyak buat aku gelak, funny kot, maybe sebab ade lawak sarcasm. waktu peralihan masa, dlm buku ni bukan pakai timing, petang or malam or pagii tapi pakai waktu solat, subuh, zuhur, maghrib. cool kan. then masuk dark part pun best, time ricky n oskar carik duit jadik angel. ramai orang mcm tu. aku pun, bila terhidang option yang boleh buat hidup ko berubah, lagi lagi dalam jiwa muda yang banyak setan ni, kau akan fikir dosa ke ? hahaha. part last pun best, ending sedih jugak la, putus hubungan dengan kawan - yang hidup (iwenk) dan yang mati (paris)....n page last buku (selak page last) ni yang ada bulu dari sayap sayap tu- very the nice one......

Wednesday, May 2, 2012

april dan kesudahannya....

april.....
bulan penamat....
bulan penghabis bicara....
bulan memori terakhir.....

april dan kesayangan?
ape makna kesayangan?
sesuatu pada bila ia tiada kau rindu rindukan.
takde makna nya.
april dan kesayangan bukan pada tempatnya....


april bulan sibuk,
bulan semua perkara duniawi perlu dihabisi....
demi  menghadap mei yang lebih mencabar....
kenangan manis april pasti ada,
kenangan duka lara april lebih lagi terasa dan menusuk....

april,
salam kenangan,
3 tahun sudah berlalu....
semua orang mahu berjaya dan kedepan,
pahit manis duka lara biar disimpan,
persiapan hari esok lebih penting.

untuk april,
semoga semuanya sukses pada awal mei...
semua beralih arah,
tiada lagi zaman copy paste....
semua sudah semakin dewasa....
zaman belajar sudah tamat...
kau perlu kerja dan kerja dan kerja dan kerja.....
sampai kau bosan.

untuk april dan kesayangan.
moga jumpa lagi....
di konvo mungkin...
jumpa lagi untuk kenangan suka duka pada masa hadapan.
jika diizin takdirmu takdirku jua.

selamat tinggal.....

Sunday, March 25, 2012

Menjadi Sang Bohemian.....

21 : 15, tammat memasuki dunia sang bohemian.......

ini buku ni, yang aku tengah bace ni karya Mursyidan Ismail ni dipanggil dengan tajuk #SangBohemian.....kenape aku beli buku ni seyh! semue gara gara aloy paradoks yang mengembor-gemborkan buku ini konon konon nye hebak sangat. semalam after aku beli, aku belek belek kejap dalam bus seryes, first impression cam ah ape ke bangang seyh beli buku nih, mood macam tak boleh nak masuk jek.....pastu buku tolak tepi.arini baru nak try bace slow slow....semalam biler beli tak pikir ape pon, seryes. biase kalau beli buku aku ade la belek2 sket, masuk ke tak dengan jiwe, exception utk langit vanilla sebab buku tu adik aku suroh beli....lg plak aloy menyucuk nyucuk "gemar kegiatan yang menawarkan sesuatu yang menghantar diri ke batas nyata dan ilusi....n based on review ade org suke and ade yg tak suke. aku okey je, n aku ta paham kenape org tu tak suke. lantak ngko lah.

buku ni menceritakan tentang -Tirani - si Sang Bohemian yang jiwenye kompleks, kepalenye keras, gayenye pemalas, dan misainya lebat.....hidup berteraskan akal fikiran, mengejar ruang kosong yang hampa, mencari entah ape namanya.....belajar dekat UITM PUNCAK ALAM....dan suka melepak dekat kandang dan Bukit Juara......hidup beliau ditemani Resap, Deru n Deki....kawan baik giler for the first then bertukar jadik rival bila dah lama. aku ingat cerita ini akan happy ending sampai habis rupenye tak.... tajuk Sang Bohemian mmg tak tercapai akal aku pun nak pikir cerite die mcm ni, aku ingat cerita ni hanye utk Sang Bohemian sorang tapi actually utk dia, buku catatanya dan manusia berlabel....

Resap makhluk jantan yang boleh buat perempuan melutut kat kaki beliau n bak kate Tirani setakat beliau hidup semue perempuan boleh cair dengan gaye ala ala david beckam nye itu....tapi kematiannye menyedihkan hati makwe, mati mengejut. aku tak tau kenape penulis tak melanjutkan kematian Resap, boleh melengkapkan jalan citer dan isu gambo bogelnye dengan Suci......kalau aku, aku akan buat Suci yang meletak racun pembunuh dalam minuman Resap time makan kat kandang sebab die nak menagih kasih kat Tirani plak.kahkahkah.....

si Deru plak lain citernye, aku ingat watak die ni statik, yakni baik semata mata, rupenye jantan semue sama tak boleh pakai jugak. kahkah. Deru ni lagi jahanam, pergi buat seks dengan Roalie kat puncak Bukit Juara. padahal utk bab bab terawal novel, Tirani siap berangan nak bertukar jantung dengan Deru sebab Deru ialah makhluk pengawal masalah yang berjaya...utk bab terakhir si Deru antara paling saitan jugak sebab backstab member sendirik. aku rase banyak member yang aku pernah jumpe berperangai macam Deru ni, depan engko nampak tenang, belakang astagfirullahalazim.....and start dari Roalie mengandung Deru jadik tak keruan, sampai membelasah Tirani....kasihan....

si Deki, imam muda pilihan, ustak dalam rumah sewa beliau, yang sering mentarbiah member member beliau....Tirani selalu kene bebel dan dihukum oleh si Deki ni sebab mengamalkan gaya hidup Sang Bohemian yang tak berpenghujung.....selalu membagitau hukum sesuatu perbuatan dan menimbang amalan dosa n pahala member serumah beliau....sebabkan gaya so islamic beliau tu lah Tirani tak bley nak masuk.....bajet baik, alim, padehal....ade part die pergi bising kat Tirani sebab dating dengan Suci, pastu biler jumpe Suci diam tak terkate....

Suci.....tak sesuci namenye, anak luar nikah plak.....dan macam gadis gadis lain memang kuat beremosi...Suci pempuan yang setia, tapi keras kepale. kalau A kate die, A lah. gambo bogel die dengan Resap agak hot diperkatekan gara-gara Roalie,aweks Deru mulut capoi pergi buat havoc satu kampus, aku syak die nak kenekan Suci, tp Suci relek jek, wat takde bende jadik....yang paling best dalam bookz ni, mcm mane lah die masuk dalam jiwe Suci, aku rase die mcm paham jiwe perempuan yang beremosi mcm mane kot. kalau tak caye, masekan part belakang tu siap ade buat EPILOG plak. aish. hebat....

#Sang Bohemian ni overall nye cerite pasal engkau lah, zaman kampus kau macam mane, kaler die warna warni ke takde warna.....n yang penting its all about friendship. time kampus kau, ko akan kenal, mane member betul and mane member tak betul. member time susah senang, n time gembira sedih...seswai utk aku yang dalam mood final sem ni, konklusi semua ada dalam buku sang bohemian....and after dah habis baca buku ni ko tengok cover belakang, ko judge sendirik diri ko berlabel macam mane?


ShareThis